Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Awas, Pegang Resit Selepas Pakai “Hand Sanitizer” Boleh Undang Risiko Bahaya
Dalam kesibukan hidup seharian, kita sering menyentuh pelbagai permukaan tanpa disedari daripada skrin telefon pintar, pemegang pintu, troli pasar raya sehinggalah wang tunai yang silih berganti di tangan sepanjang hari.
Lebih-lebih lagi dalam era pasca pandemik, penggunaan hand sanitizer sudah menjadi rutin.
Namun, ramai sekadar menyapunya pada tangan sebelum kembali meneruskan aktiviti, jarang memikirkan apa yang sebenarnya berlaku selepas itu.
Justeru, kali ini SK akan kongsikan kesan bahaya memegang resit selepas memakai ‘hand sanitizer’, menurut Public Health Malaysia.
Pernah tak buat macam ni?
Masuk kedai, picit sanitizer, gosok tangan sampai kering, lepas tu bayar dan ambil resit.
Kemudian selit resit tu dalam dompet atau poket seluar.

Nampak bersih. Nampak selamat.
TAPI ANDA SILAP BESAR.
Tanpa sedar, anda baru saja membuka “pintu pagar” kulit anda seluas-luasnya untuk bahan kimia berbahaya masuk terus ke saluran darah!
Itu bukan kertas biasa. Itu Thermal Paper.
Ia disalut dengan bahan kimia Bisphenol A (BPA) supaya tulisan timbul bila kena haba.

Masalahnya, BPA pada resit ini bersifat “Bebas” (Free Monomer). Ia tak melekat kuat, ia cuma “tumpang lalu”.
Kajian Universiti Missouri membuktikan fakta yang menakutkan:
Bila tangan anda ada alkohol (Sanitizer) atau berminyak (Losyen/Makan Ayam Goreng)
1. Kulit anda hilang lapisan pelindung minyak semula jadi.
2. Liang roma kulit menjadi “Span”.
3. BPA dari resit diserap masuk 100 kali ganda lebih pantas ke dalam darah!
BPA adalah Endocrine Disruptor (Pengganggu Hormon). Ia “menyamar” jadi hormon Estrogen dalam badan.
Kesan kumpul sikit-sikit lama-lama?
Gangguan kesuburan (Sperma & Telur merosot).

Risiko obesiti & diabetes.
Risiko kanser berkaitan hormon (Payudara/Prostat).
Katakan tidak kalau juruwang tanya “nak resit?”, jawab tak nak (kecuali resit penting waranti/claim).
Minta e-Resit: Gunakan teknologi. Selamatkan pokok, selamatkan hormon.
Cuci tangan: Jika terpaksa pegang, jangan makan terus! Basuh tangan dengan sabun untuk buang sisa BPA.
Asingkan dompet: Jangan campur resit dengan duit kertas. BPA boleh berpindah (cross-contamination).

Malam ni,
cuba cek dompet korang sekarang.
Kalau tebal sebab duit takpe.
Tapi kalau tebal sebab simpan resit tahun lepas, buang sekarang!
Jangan simpan “racun” dekat dengan pangkal rahim atau alat sulit anda (dalam poket seluar).
Sumber: Public Health Malaysia