Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
ayah baca teks lafaz wali
Kredit: TikTok @_izzahamyra

Ayah Cekal Baca Teks Lafaz Wali Di Hari Bahagia Puterinya, Runtun Hati Netizen

Hannah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Ayah Cekal Baca Teks Lafaz Wali Di Hari Bahagia Puterinya, Runtun Hati Netizen

Kasih sayang seorang insan bergelar ‘ayah’ terhadap anak-anaknya sukar diluahkan dengan kata-kata.

Ayah mungkin tidak bijak menuturkan rasa sayang seperti ibu, atau mengungkapkan cintanya dengan belaian manja.

Namun, cintanya tetap ada, terserlah dalam setiap langkah dan tingkah lakunya.

Ayah cinta pertama anak perempuan

Di kaca mata seorang anak perempuan, ayah adalah lelaki terhebat, tempat bermanja sejak kecil.

Tidak kira apa yang berlaku, ayahlah yang selalu ada sebagai pelindung yang setia.

Buat setiap anak, mungkin tiada yang lebih berharga daripada kehadiran seorang ayah di saat paling bermakna dalam hidup mereka.

Melihat ayah sebagai wali di hari pernikahan adalah impian besar setiap anak perempuan.

Itulah saat haru dan bahagia yang dirasakan oleh seorang wanita menerusi perkongsian video di laman TikToknya, @_izzahamyra.

Di dalam video itu, kelihatan wanita tersebut mengalirkan air mata ketika melihat ayahnya.

Meski dalam keadaan kesihatan yang kurang baik, ayahnya tetap berusaha menjadi wali untuknya.

“Ayah sebenarnya sakit. Tok Kadi tanya, boleh ke ayah baca atau ingin dia membacakan teks itu.

“Tapi, ayah jawab dia ingin membacanya untuk satu-satunya puterinya,” katanya.

Ketika ayahnya membaca teks lafaz wali, suaranya tidak jelas dan terketar-ketar, namun dia tetap bertahan hingga selesai demi anak tercinta.

Ini sungguh membuat hati runtun, terutama apabila melihat puterinya terus berjuraian air mata, meski ingin kelihatan cekal di depan ayahnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi momen haru dan kisah ayah mereka.

Ada yang menceritakan bagaimana seorang ayah menjadi wali walau dalam keadaan sakit.

Ada juga yang menyuarakan rasa cemburu kerana tidak sempat merasai momen itu.

“Tengok video awak, teringat dekat kawan saya. Ayah dia tak boleh jadi wali sebab sakit dan duduk atas kerusi roda. Baca pun tak lancar. Masa Tok Kadi bacakan teks, ayah dia keluarkan air mata. Dia pun satu-satunya perempuan tunggal dalam keluarga dia,”

“Ayah saya memang beria nak jadi wali waktu saya nak nikah. Waktu tu dia sakit. Dua minggu sebelum nikah, dia minta abang jadi wali. Rupanya, dia nak pergi sebelum saya nikah. Al-Fatihah, cinta pertamaku,”

“Tolong jaga pengantin perempuan sebaik ayah dia menjaganya. Moga pak cik dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik,”

BACA: Gelagat Bapa Pujuk Anak Cuit Hati Ramai, Bikin Sebak Imbau Kenangan Lalu

BACA: Tak Sedar Dalam Rakaman ‘Eksperimen Sosial’, YouTuber Amerika Kagum & Puji Rakyat Malaysia

BACA: Guru ‘Non-Muslim’ Ajar Tulisan Jawi, Curi Perhatian Warga Maya

Sumber: TikTok @_izzahamyra