Siakap Keli
Bapa Pujuk Anak
Kredit: TikTok zainehashim82

Gelagat Bapa Pujuk Anak Cuit Hati Ramai, Bikin Sebak Imbau Kenangan Lalu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Gelagat Bapa Pujuk Anak Cuit Hati Ramai, Bikin Sebak Imbau Kenangan Lalu

Ibu bapa merupakan harta dunia yang paling berharga.

Sedari kecil, mereka sentiasa berada di sisi. Semasa mengambil langkah pertama, semasa pertama kali jatuh, juga pertama kali bangun.

Ibu bapa melihat anak-anak membesar dan tabah melepaskan anak bila tiba waktunya buat mereka mengembangkan sayap.

Gelagat anak yang pelbagai dihadap dengan sabar dan penuh ikhlas, dengan harapan ingin melihat anak berjaya satu hari nanti.

Di mana sifat semula jadi ibu lebih lembut, bapa akan menunjukkan personaliti yang lebih garang dan tegas.

Kadangkala bapa perlu membatukan hati untuk membuat keputusan yang lebih sukar demi kebaikan anak.

Namun, di sebalik itu, bapa merupakan sosok insan yang takut akan nasib anaknya.

Adakah anaknya nanti akan hidup senang setelah ketiadaannya?

Adakah anaknya akan dilayan baik oleh orang di luar sana kelak?

Adakah anaknya akan kental dalam menghadapi ragam manusia yang tidak terduga?

Meski cara bapa zaman kini mendidik anak-anak jelas berbeza daripada cara bapa dahulu mendidik, semuanya lahir dari satu perasaan yang sama.

Kasih sayang yang amat mendalam.

Baru-baru ini, sebuah video dikongsikan oleh @zainehashim82 di TikTok tular mempamerkan telatah seorang bapa pujuk anak lelakinya tarik perhatian ramai.

“Ayah Mintak Maaf”

“Adik, ayah mintak maaf, ayah lambat sikit ambil. Tadi minyak moto habis,” ujar sang bapa.

Gelagat budak lelaki yang mencuit hati, tambahan pula dengan cara bapanya memujuk anak lelakinya itu berjaya menambat hati penonton.

Bapanya sabar memujuk dan mengakui silapnya. Cubaan gurauan juga dilontarkan semasa “operasi” memujuk.

“Kamu nampak kubur tu, kamu tak takut kubur sebelah tu?

“Jom kita pergi kedai Aunty. Kamu nak apa, ayah beli,” kata bapanya.

Sebut sahaja ‘Aunty’, kanak-kanak itu akhirnya termakan pujuk rayu bapanya.

“Kamu kalau cakap pergi kedai Aunty, cukup gemar betul, kamu suka kat Aunty ya…” seloroh bapanya.

Akhirnya rajuk anaknya berjaya dipujuk dan video berakhir dengan gelak tawa si bapa.

@zainehashim82

cakap g kedai aunti laju je ye#tiktokmalaysia🇲🇾 #foryoupage❤️❤️ #fypシ゚viral #fyp

♬ bunyi asal – 🇲🇾Along82🇲🇾 – 🇲🇾Along82🇲🇾

Adegan ini menyebabkan ramai warga maya di ruangan komen mengimbau kembali kenangan bersama insan bergelar bapa.

“Saya kecil-kecil dulu selalu juga merajuk, Senja-senja duduk belakang rumah tak nak masuk rumah. Arwah ayah la yang datang pujuk, pimpin tangan masuk rumah,”

“Ayah nampak garang tapi itu la ayah,”

“Aku pernah merajuk macam ni dengan abah aku. Sebab datang lambat. Sedih pula kalau fikir balik,”

“Jangan la merajuk dengan ayah, ayah acik dah meninggal dunia, dik. Sunyi sangat tak ada ayah. Rindu kenangan dulu-dulu,”

“Untung Kau Adik, Dapat Ayah Macam Ni”

Tidak hanya itu, sebahagian besar warga maya turut memuji si bapa, menyatakan perbezaan zaman dahulu dan sekarang.

“Generasi kita adalah ibu bapa terbaik. Minta maaf kat anak. Zaman mak ayah kita dulu tak dapat macam ni,”

“Bagus Ayah. Maksudnya anak rasa selamat nak ekspres perasaan,”

“Seorang ayah yang hebat,”

Bagaimanapun, ini tak bermakna cara didikan ibu bapa zaman dahulu itu salah kerana semua tindakan dan keputusan mereka adalah untuk kebaikan anak.

Ini jelas terlihat pada komen yang mencurahkan perasaan sayang pada bapa walaupun mempunyai bapa yang garang.

“Arwah abah garang. Tapi kami adik beradik sayang dan hormat arwah abah,”

Ibu bapa juga seorang manusia biasa yang pertama kali hidup di dunia ini dan masih belajar menjadi yang terbaik.

Cuba fahami mereka jika terkadang tersalah langkah, ibu bapa juga sedang mempelajari selok-belok kehidupan.

BACA:Tak Sanggup Kehilangan, Bapa Nekad Bakar Motosikal Anak

BACA:Bapa Kongsi Bawa ‘Anak Syurga’ Buat Aktiviti Lasak Setiap Kali Hari Lahir

BACA:Bapa Khairil Anwar Sebak, Kali Kedua Kehilangan Anak Akibat Kemalangan

Sumber: zainehashim82 via TikTok

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.