Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ayatollah Ali Khamenei Akan Disemadikan Pada 9 Julai

Ayatollah Ali Khamenei
Gambar: AP via BERNAMA

Ayatollah Ali Khamenei Akan Disemadikan Pada 9 Julai

Bekas Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang memerintah negara itu selama hampir 37 tahun sebelum terbunuh dalam serangan udara Israel dan Amerika Syarikat (AS) pada 28 Februari lalu, akan disemadikan pada 9 Julai ini.

Menurut laporan televisyen negara Iran pada Sabtu, upacara pengebumian akan diadakan di kampung halamannya di bandar suci Mashhad, yang terletak di timur laut Iran.

Lapor AFP, pengebumian tersebut pada asalnya dijadualkan berlangsung pada Mac lalu. Namun, ia terpaksa ditangguhkan berikutan konflik peperangan yang melanda negara itu.

Upacara penghormatan terakhir

Tambah AFP, sebelum pengebumian berlangsung, beberapa siri upacara penghormatan terakhir akan diadakan.

Majlis pengebumian kebangsaan akan bermula di Tehran selama tiga hari bermula 4 Julai, sebelum diteruskan di bandar suci Qom pada 7 Julai.

Tarikh permulaan upacara pengebumian kebangsaan itu turut bertepatan dengan Hari Kemerdekaan AS, yang pada tahun ini menyambut ulang tahun ke-250.

Selepas kematian Ali Khamenei, anaknya, Mojtaba Khamenei, dilantik sebagai Pemimpin Tertinggi Iran pada awal Mac lalu.

Beliau menjadi pemimpin ketiga yang memegang jawatan tersebut sejak penubuhan Republik Islam Iran pada tahun 1979.

Mojtaba Khamenei dilaporkan mengalami kecederaan dalam serangan yang meragut nyawa bapanya serta beberapa pegawai kanan Iran yang lain.

Sejak pelantikannya, beliau belum pernah muncul di khalayak ramai dan hanya berkomunikasi melalui kenyataan rasmi yang dikaitkan dengannya.