Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
azman dipenjara 24 tahun
Kredit: Bernama

Azman Dipenjara 24 Tahun, Dua Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Lelaki

Azizah Najib

Azman Dipenjara 24 Tahun, Dua Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Lelaki

KLANG, 27 Sept (Bernama) — Pendakwah selebriti Azman Syah Alias dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lepas.

Hakim Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes dihadapi Azman Syah, 43, pada akhir kes pembelaan.

“Selepas mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi pembelaan dan keterangan saksi-saksi pendakwaan secara maksimum, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. OKT (Orang Kena Tuduh) didapati bersalah dan disabitkan dengan kedua-dua pertuduhan,” kata Noridah.

BACA: GISBH: Guru Dipenjara 10 Tahun Rotan Kanak-Kanak Lelaki, Tekan Dada Guna Lutut

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dengan satu sebatan, masing-masing bagi pertuduhan pertama dan kedua, serta memerintahkan hukuman berkenaan berjalan berasingan bermula hari ini.

Tertuduh juga diperintahkan untuk menjalani sesi kaunseling selama tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun, selepas selesai menjalani hukuman.

Azman Syah didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Feb serta 29 Jun 2022.

Dia dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut menolak permohonan peguam Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili Azman Syah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman berkenaan sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi diputuskan.

BACA: Keracunan Makanan: Kantin SK Chepor Diarah Tutup 14 Hari

Semasa rayuan terhadap hukuman, Mohamad Zahid berkata pihaknya memohon hukuman penjara paling minimum dengan mengambil kira tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kesalahan itu adalah kesalahan pertamanya.

“Tertuduh seorang pendakwah yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat, antaranya beliau memberi motivasi dan kelas kuliah al-Quran serta memberi ajaran kepada anak muda khususnya untuk celik kepada al-Quran.

“Tertuduh anak bongsu daripada tujuh beradik dan beliau penyumbang utama dalam keluarga serta banyak membantu keluarga yang susah. Sekiranya mahkamah memberi hukuman penjara yang lama, ia akan memberi kesan kepada tertuduh dan keluarga,” kata peguam itu sambil menambah anak guamnya telah bercerai dan tidak mempunyai anak.

BACA: NRES Arah MetMalaysia Kaji Semula SOP Penyebaran Maklumat, Amaran Cuaca

Mohamad Zahid berkata Azman Syah juga telah memberikan kerjasama baik kepada polis dan mahkamah sepanjang proses perbicaraan berlangsung.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul ‘Izzati Mohamad, memohon tertuduh dikenakan hukuman berat dengan mengambil kira keseriusan kesalahan seksual yang dilakukan dan jelas hukuman bagi akta tersebut ialah maksimum 20 tahun penjara.

“Peningkatan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia terutama di Selangor, harus dibendung dengan cara memberi hukuman berat agar dapat memberi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh malah kepada masyarakat umum.

“Perbuatan terkutuk ini harus diberhentikan serta-merta. Hukuman berat dapat memberikan mesej jelas dan nyata kepada masyarakat, agar tidak melakukan kesalahan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak,” katanya.

Selain itu, Nurul ‘Izzati memohon agar mahkamah mengambil kira tertuduh pendakwah selebriti dan bekas juara program keagamaan yang dihormati serta disegani dan hubungan antara tertuduh dengan mangsa bermula apabila tertuduh memberikan motivasi di sekolah termasuk sekolah mangsa.

“Mangsa hormat tertuduh sebagai pendakwah selebriti tetapi tertuduh mengambil kesempatan terhadap mangsa. Sebagai orang yang lebih dewasa, tertuduh sepatutnya membimbing mangsa, bukannya memecah kepercayaan yang diberikan oleh guru-guru dan ibu bapa kanak-kanak terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, Nurul ‘Izzati berkata pihaknya juga memohon supaya perintah kaunseling dan pengawasan diberikan kepada tertuduh.

Nurul ‘Izzati kemudian mengemukakan pernyataan impak mangsa kepada mahkamah sebelum ia dibacakan oleh jurubahasa.

Pernyataan tersebut antaranya menyatakan mangsa kini trauma berpanjangan dan mengalami kecederaan fizikal serta emosi selepas kejadian ‘hitam’ itu, selain hidupnya sudah berubah selama-lamanya dan sentiasa berada dalam ketakutan ketika berada dalam masyarakat serta keluarga juga malu untuk menyertai aktiviti komuniti setempat.

Azman Syah yang memakai kurta berwarna biru dengan ditemani seorang kakaknya, kelihatan tenang sepanjang prosiding berlangsung.

Turut hadir peguam Norhayati Johar dan Saphirra Selamat dari Jabatan Bantuan Guaman Selangor selaku pendamping guaman bagi mangsa.

Azman Syah turut berdepan sembilan lagi pertuduhan berkaitan seksual iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.

Sumber: Bernama