Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
kantin sk chepor tutup
Kredit: Sinar Harian

Keracunan Makanan: Kantin SK Chepor Diarah Tutup 14 Hari

Azizah Najib

Keracunan Makanan: Kantin SK Chepor Diarah Tutup 14 Hari

IPOH, 26 Sept (Bernama) — Kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor di sini, diarah tutup selama 14 hari hingga 8 Oktober ini selepas 101 murid mengalami keracunan makanan.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata arahan penutupan di bawah Seksyen (11) Akta Makanan 1983 dikeluarkan selepas penilaian terhadap kantin sekolah berkenaan didapati berada pada tahap tidak memuaskan selain merekodkan penarafan sekitar 67.9 peratus.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada minuman bancuhan berperisa coklat dan ayam goreng yang disediakan di dapur kantin itu.

“Murid mengadu bahawa minuman berperisa coklat yang dijual pada 24 September lepas berbau masam semasa diminum manakala ayam goreng didapati tidak dimasak dengan sempurna dan sebahagian daging ayam masih mentah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: NRES Arah MetMalaysia Kaji Semula SOP Penyebaran Maklumat, Amaran Cuaca

Beliau berkata agen disyaki menyebabkan keracunan berkenaan ialah Salmonella spp, berdasarkan gejala dan tempoh inkubasi kes.

Menurut beliau, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta semalam telah menerima notifikasi melalui sistem eNotifikasi mengenai lima murid SK Chepor yang menunjukkan gejala keracunan makanan seperti cirit, muntah, sakit perut dan demam telah menerima rawatan di dua fasiliti kesihatan di sekitar bandar raya ini.

“Makluman mengenai kejadian keracunan makanan ini juga diterima daripada guru SK Chepor melalui telefon. Unit Kawalan Penyakit Berjangkit PKD Kinta telah menjalankan verifikasi dan siasatan lapangan di SK Chepor hari yang sama sekitar 10.30 pagi.

BACA: Kanak-kanak & Bayi Hanyut Dibawa Arus Disahkan Adik-Beradik

“Hasil siasatan, sebanyak 96 orang (kes) lagi telah dikesan hingga 5 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 101 orang (50 murid perempuan, 51 lelaki) daripada 1,054 orang yang terdedah termasuk murid, guru, dan staf sokongan lain,” katanya.

Dr Feisul Idzwan berkata seorang murid telah dimasukkan ke wad Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini dan berada dalam keadaan stabil, manakala 62 lagi dirawat sebagai pesakit luar di klinik kesihatan dan klinik swasta berhampiran rumah masing-masing.

Baki murid katanya didapati hanya mengalami simptom ringan dan berehat di rumah masing-masing serta berada dalam keadaan stabil.

Sumber: Bernama

BACA: 4 Beranak Semua Jadi Tentera, Rupanya Ni Cara Didikan Ayah Lt Kdr Chan