Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kanak-kanak bayi hanyut
Kredit: Sinar Harian

Kanak-kanak & Bayi Hanyut Dibawa Arus Disahkan Adik-Beradik

Azizah Najib

Kanak-kanak & Bayi Hanyut Dibawa Arus Disahkan Adik-Beradik

Seorang kanak-kanak dan bayi yang dilaporkan hanyut dalam kejadian banjir di Kampung Dalit, Sook, dekat Keningau Selasa lalu telah dikenal pasti sebagai adik-beradik, lapor Sinar Harian.

Kedua adik-beradik itu, Tipah Ashrul yang berusia dua tahun dan adiknya, Fadlie berusia dua bulan dilaporkan masih belum ditemui oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Faisal Ahmad memberitahu operasi SAR masih diteruskan sejak laporan kejadian tujuh individu hanyut dibawa arus banjir diterima.

BACA: Dua Kanak-Kanak Dikhuatiri Hanyut Dibawa Arus Banjir Di Keningau

“Lima mangsa terselamat dalam kejadian itu manakala dua lagi masih hilang iaitu kanak-kanak. Masing-masing berusia dua tahun dan dua bulan di mana kedua-duanya adalah adik beradik.

“Operasi SAR dimulakan seawal jam 5.40 pagi di mana perjalanan ke lokasi kejadian mengambil masa selama empat jam.

“Operasi hari ini akan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air di sekitar lokasi mangsa hilang dan dijangka radius satu kilometer,” katanya.

Beliau berkata, operasi pencarian mangsa turut menggunakan khidmat dua ekor anjing pengesan Unit K9. Bantuan daripada BBP Keningau, agensi lain dan orang awam turut diterima.

BACA: Lubang Benam Berlaku Berdekatan Kompleks Bunga Raya KLIA

“Bagaimanapun, lokasi kejadian tiada talian telefon dan liputan Trunk Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) untuk menyalurkan maklumat dengan cepat.

“Jadi, maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa,” katanya.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah telah menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian tersebut pada jam 10.06 malam.

Menurut laporan, tujuh individu telah hanyut ketika banjir melanda kediaman mereka sekitar jam 5 petang. Namun, seorang kanak-kanak dan seorang bayi yang merupakan mangsa hanyut tidak dapat ditemui.

Setakat ini, pencarian masih diteruskan di lokasi kejadian.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Gigih Hias Sendiri, Lelaki Buat Kejutan Istimewa Hargai Isteri Lepas Bersalin

BACA: Lelaki Tidak Sengaja Bayar Bil Elektrik Jiran Hampir 18 Tahun