Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
nres arah metmalaysia kaji
Kredit: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam

NRES Arah MetMalaysia Kaji Semula SOP Penyebaran Maklumat, Amaran Cuaca

Azizah Najib

NRES Arah MetMalaysia Kaji Semula SOP Penyebaran Maklumat, Amaran Cuaca

PUTRAJAYA, 26 Sept (Bernama) — Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengarahkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) untuk mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) penyediaan dan penyebaran maklumat, nasihat atau amaran cuaca.

Menteri berkenaan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata hal ini supaya maklumat itu dapat dikeluarkan dengan lebih kerap apabila cuaca dijangka menjadi ekstrem.

Beliau berkata pihak METMalaysia juga telah diarahkan untuk menambah baik aspek komunikasi dalam penyebaran maklumat dan amaran cuaca yang lebih berkesan agar orang awam lebih cakna terhadap keadaan cuaca semasa sekali gus dapat mengelakkan kejadian tidak diingini.

BACA: Dua Kanak-Kanak Dikhuatiri Hanyut Dibawa Arus Banjir Di Keningau

“Kementerian mengambil maklum laporan media yang menyatakan METMalaysia tidak mengeluarkan amaran cuaca disebabkan ramalan yang telah dikeluarkan lima hari terdahulu masih lagi efektif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata Fasa Peralihan Monsun telah bermula minggu ini dan akan berterusan hingga awal November, menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya sejak 17 Mei lepas.

Semasa Fasa Peralihan Monsun, beliau berkata rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

BACA: Pesawat United Airlines Elak Perlanggaran Di Udara, Dua Penumpang Cedera

“Situasi ini boleh menggalakkan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

“Keadaan cuaca sebegini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya.

Justeru, Nik Nazmi menasihati orang ramai untuk lebih berwaspada ketika tempoh itu dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber: Bernama

BACA: Lubang Benam Berlaku Berdekatan Kompleks Bunga Raya KLIA

BACA: Lelaki Tidak Sengaja Bayar Bil Elektrik Jiran Hampir 18 Tahun