Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penceroboh Tanah Perkuburan Islam PJS 4 Diarah Kosongkan Tapak

Athirah
Tanah Perkuburan Islam PJS 4
Kredit: Bernama

Penceroboh Tanah Perkuburan Islam PJS 4 Diarah Kosongkan Tapak

Penceroboh tanah perkuburan Islam di PJS 4, Petaling Jaya telah diberi tempoh hingga 31 Mac depan untuk mengosongkan tapak.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad menjelaskan sekiranya pihak terbabit gagal berbuat sedemikian, tindakan penguatkuasaan seterusnya akan diambil.

“Dalam kes pencerobohan tanah warta perkuburan Islam di PJS 4, kerajaan negeri sudah memberi tempoh bagi pengosongan tapak hingga 31 Mac depan

“Kegagalan berbuat sedemikian dalam tempoh ditetapkan, akan disusuli dengan tindakan penguatkuasaan pengosongan tapak oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Petaling bersama JAIS serta agensi penguat kuasa lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Tanah perkuburan itu diwartakan bawah JAIS

Mohd Shahzihan turut memaklumkan, tanah perkuburan itu diwartakan bawah JAIS mengikut Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (1965).

Beliau berkata, tindakan terhadap pencerobohan di atas tanah itu sudah diambil bawah gerak kerja pemutihan pencerobohan tanah JAIS yang dilaksanakan bersama pihak pentadbir tanah daerah (PTD) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“JAIS, MAIS dan kerajaan negeri akan terus menjalankan apa juga langkah yang perlu untuk memastikan pencerobohan ke atas tanah warta JAIS mahupun tanah wakaf MAIS, diputihkan dengan segera

“Selain itu, usaha menghalang sebarang pencerobohan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa

“Orang awam yang mengesan sebarang pencerobohan tanah warta JAIS atau tanah wakaf MAIS, boleh menghubungi JAIS, MAIS, PDT ataupun PBT untuk tindakan sewajarnya,” ujarnya lagi.

BACA: Niat Cuma Nak Bantu, Suami Maut Selepas Isteri Picit Jerawat Di Hidung

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor – Rasmi