Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bahagian Dakwah JAKIM Kongsi 5 Fakta Al-Quran Yang Ramai Tak Tahu
Al-Quran ialah kitab suci umat Islam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril.
Ia juga merupakan sumber utama ajaran Islam yang mengandungi panduan lengkap merangkumi aspek akidah, ibadah, akhlak, serta aturan hidup manusia.
Bagaimanapun, mungkin masih ada yang belum tahu beberapa fakta mengenai kitab suci itu.
Justeru, ikuti lima fakta tentang Al-Quran yang telah dikongsikan oleh Bahagian Dakwah JAKIM menerusi laman Threads di bawah ini.
Menurut perkongsian Bahagian Dakwah JAKIM, perkataan dunia dan akhirat disebut dalam Al-Quran dengan jumlah yang seimbang.
"Hidup kena balance. Cari dunia, jangan lupa akhirat," tulisnya.

Ayat yang paling panjang di dalam Al-Quran ialah ayat dari surah Al-Baqarah (ayat 282) yang berkaitan hutang dan transaksi.
Menerusi ayat itu, dapat difahami bahawa Islam bukan hanya solat dan puasa sahaja. Namun, ia turut merangkumi integriti dalam urusan hidup.

“وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ”
(Surah Al-Muddathir: 3)
Strukturnya dikatakan unik. Bila perkataan disusun, ada unsur simetri yang sangat kuat dalam bahasa Arab.
Laut disebut lebih banyak berbanding darat dalam Al-Quran.
"Ratio dia hampir sama dengan realiti bumi: sekitar 70 peratus air, 30 peratus darat," kongsinya.
Contoh tentang besi dalam Surah Al-Hadid (57:25).
Allah sebut “Kami turunkan besi”.
"Sains moden jumpa bahawa besi memang berasal dari luar bumi (meteor)," tambahnya.
Secara konklusinya, Al-Quran bukan sekadar kitab untuk dibaca. Sebaliknya setiap ayat yang terkandung di dalamnya mempunyai makna dan hikmah yang wajib kita ketahui.