Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bahaya Mengamalkan Teh Secara Berlebihan, Boleh Menyebabkan Pedih Ulu Hati

Teh merupakan minuman harian untuk sesetengah rakyat Malaysia dan sudah menjadi minuman sehari-hari. Saat cuaca dingin menyerang teh menjadi solusi untuk menghangatkan badan. Ketika terik menyerang teh juga akan menjadi solusi pelepas dahaga. Malah, teh juga menjadi minuman pilihan banyak orang usai menyantap makanan utama.

Namun, tahukah anda mengamalkan teh berlebihan boleh mencetus masalah kesihatan? Berikut berbagai kesan sampingan jika mengamalkan teh berlebihan.

1. Menghalang penyerapan zat besi

Teh mengandungi tanin atau sebatian polifenol yang memberikan rasa pahit. Namun, sebatian tersebut juga boleh menghalang penyerapan zat besi jika diambil secara berlebihan. Dalam kajian yang diterbitkan Food Research International, tanin pada teh terbukti mengikat zat besi, khususnya zat besi bukan heme, yang ditemukan dalam sayuran seperti bayam, dan kekacang. Untuk mencegah hal itu terjadi, sebaiknya elakkan minum teh setelah makan.

2. Meningkatkan tahap pergantungan pada kafein

Kafein adalah stimulasi yang boleh mencetus ketagihan jika diamalkan secara berlebihan. Ketika tidak mendapatkan kafein, kita boleh mengalami gejala penarikan seperti sakit kepala, cepat marah, degupan jantung meningkat dan keletihan.

3. Pedih ulu hati

Kafein dalam teh dapat menyebabkan heartburn atau memburukkan lagi gejala refluks asid yang sedia ada. Penelitian menunjukkan bahawa kafein dapat mengendurkan sfinkter yang memisahkan kerongkong dengan perut. Hal ini boleh membuat acid yang menyebabkan gastrik naik ke kerongkong. Kafein juga dapat menyumbang pada peningkatan penghasilan asid gastrik.

4. Komplikasi kehamilan

Teh mengandungi kafein. Jika diamalkan secara berlebihan boleh meningkatkan risiko komplikasi, seperti keguguran dan bayi lahir dengan berat badan rendah. Untuk mencegah hal tersebut, ibu hamil disarankan mengambil kafein maksimum 200-300 miligram setiap hari.

5. Mual

Senyawa tertentu dalam teh dapat menyebabkan mual, terutama bila diambil dalam jumlah yang banyak atau ketika perut kosong. Selain itu, kandungan tanin pada teh juga dapat merengsa saluran pencernaan, berpotensi menyebabkan gejala seperti mual atau sakit perut.

Sumber- Healthline