Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bila sebut sahaja negara Turki, pasti terbayang di fikiran kita keindahan negara Timur Tengah yang sering menjadi destinasi untuk melancong.
Selain pemandangannya yang menakjubkan, Turki turut terkenal dengan peninggalan sejarah, terutamanya dari zaman pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah.
Bagi yang memasang niat untuk berkunjung ke negara Eurasia ini pada tahun 2022, perkongsian pengguna Twitter @cieutnizar ini mungkin boleh dijadikan panduan.
Melalui hantaran di laman Twitter miliknya, lelaki tersebut berkongsi tempat-tempat menarik yang dikunjungi di Turki selama 12 hari 10 malam dia berada di sana.
Seyir Terasi
Kom Cafe
Masjid Uzungol
Tasik

Ayder Yaylasi
View point
Firtina Valley

Zilkale

Trabzon Castle
Trabzon Meydan

Kozahan
Ulucami
Tasavvuf Vakfi
Kampung Cumalikizik

Ortakoy
Arnavutkoy
Galata Bridge
Balat atau Fener
Hagia Sophia

Menurut perkongsian pengunggah, penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Istanbul memakan kos sebanyak RM1,902 dengan menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan Emirates.
Manakala kos penerbangan pergi balik dari Lapangan Terbang Sabiha Gokcen, Istanbul (SAW) ke Trabzon menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan Pegasus adalah RM270.
Insurans perjalanan
RM249 (AIG Insurance)
Penginapan
Emirtimes Tuzla Hotel – RM331.59
Nova Uzungol – RM307.56
Ayder Doga Resort – RM434.17
Cimen Airport – RM273.34
Life Point Hotel – RM285.57
Artic Hotel – RM305.39
Blue Sultan Apart – RM681.73
Jelasnya, jumlah untuk kos penginapan adalah RM2,619.35 (dibahagikan kepada tiga orang) dan mereka hanya perlu membayar RM873.11 per individu.
Sewa kereta untuk lima hari pula berjumlah RM385.3 dan diisi minyak tangki penuh RM147.79. Menurut pengunggah, setelah dibahagikan kepada tiga orang, kos per individu hanya RM177.69.
2,000 lira – RM685.68 (0.342)
Lain-lain kos seperti tiket bas dan makan berjumlah RM182.60 dan dibayar menggunakan debit atau kredit.
Menurutnya, kos keseluruhan termasuk penerbangan, insurans, penginapan, kereta sewa dan sebagainya berjumlah RM4340.08, tidak termasuk membeli-belah.
Dalam hantaran sama, pengunggah berkongsi jadual perjalanan selama 12 hari melancong di Turki, bermula dari penerbangan pergi hingga pulang ke tanah air.



Berkelana selama berminggu-minggu di negara orang mungkin tidak mudah, tambahan pula jika baru pertama kali berkunjung ke sesuatu negara.
Oleh itu, pengunggah turut berkongsi tips berguna untuk anda yang merancang untuk melancong ke negara Turki dengan bajet di bawah RM5,000.



Sumber: Twitter @cieutnizar