Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
bangkok dipenuhi ular
Gamabr FB Pangrum Dindaeng Photograph via Wion News

Bangkok Dipenuhi Ular, Operator Terima Panggilan Kecemasan Setiap 15 Minit

Nurhanis

Terkenal sebagai tempat ‘raja ular’, bandar Bangkok di Thailand dilapor ‘bingit’ dengan panggilan kecemasan daripada orang awam selang 15 minit untuk dapatkan bantuan mengenai penemuan ular di kediaman penduduk.

Lapor Wion News, pasukan penyelamat menyatakan kira-kira 200 panggilan dibuat setiap hari di Bangkok untuk meminta bantuan kecemasan disebabkan oleh kemunculan haiwan-haiwan perosak termasuk ular dan tebuan.

Pengendali talian berkata panggilan yang dibuat oleh pemanggil adalah rata-ratanya mengenai kes ular memasuki rumah mereka dan setakat angka yang direkodkan, sebanyak 60,000 tangkapan ular dilakukan setiap tahun.

“Secara purata, laporan dibuat setiap 15 minit sepanjang hari setiap tempoh 24 jam,” kata pengendali talian tersebut menerusi Wion News.

Data itu didedahkan kepada umum sebagai reaksi kepada siaran foto dalam talian mengenai gambar seekor ular sawa besar (spesies ular tidak berbisa) dan dilihat tergantung pada sebatang pokok di daerah Din Daeng.

Tambahnya, pihak berkuasa turut mencatat rekod kejayaan melebihi 90 peratus melalui penangkapan ular.

Reptilia itu turut dihantar ke Jabatan Taman Negara Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan Thailand supaya ia diperkenalkan semula dengan habitat serta persekitaran semulajadi yang sesuai.

Menurut Perunding Pertubuhan Taman Zoologi Dr Alongkorn Mahanop, reptilia tersebut masih belum mempunyai bancian rasmi dan disebabkan itu tiada angka tepat disediakan.

Beliau membuat anggaran kasar bahawa kebanyakan setiap daerah berkemungkinan mempunyai hampir 1,000 ekor ular yang mendiami di kawasan tersebut.

“Populasi ular yang tinggi di Bangkok adalah disebabkan rakyatnya tidak memakan ular, bermakna reptilia itu tidak mempunyai pemangsa langsung di bandar itu.

“Manakala mempunyai banyak mangsa seperti anjing, kucing dan ayam,” kata Dr Alongkorn.

Sumber: Wion News