Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bangunan Sultan Abdul Samad 'Pukau' Ramai

Hannah
Bangunan Sultan Abdul Samad
Gambar: Threads @pedzulkefli
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bangunan Sultan Abdul Samad 'Pukau' Ramai

Selepas genap setahun ditutup, Blok 1 Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS) akhirnya kembali dibuka kepada orang ramai bermula hari ini.

Kini, selepas proses naik taraf dan renovasi, wajah baharu bangunan ikonik yang terletak di hadapan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur itu membuatkan ramai terpukau.

"Cantik sangat..."

Wajah baharu BSAS menarik perhatian ramai apabila mula dikongsikan oleh seorang pengunjung dipercayai travel content creator menerusi Threads @pedzulkefli.

Wanita berkenaan antara individu terawal yang berpeluang menjejakkan kaki ke dalam bangunan bersejarah itu sebelum dibuka secara rasmi kepada orang ramai.

Dalam perkongsiannya, dia meluahkan rasa kagum melihat transformasi Blok 1 BSAS yang kini tampil lebih moden, kemas dan mesra pengunjung.

Kredit: Threads @pedzulkefli
Kredit: Threads @pedzulkefli
Kredit: Threads @pedzulkefli
Kredit: Threads @pedzulkefli
Kredit: Threads @pedzulkefli
Kredit: Threads @pedzulkefli

Menurutnya, kemudahan asas seperti surau dan tandas turut disediakan. Malah, ruang dalaman bangunan dilengkapi pendingin hawa, menjadikan pengalaman lawatan lebih selesa.

Lebih menarik, pengunjung yang membawa stroller juga tidak perlu risau kerana terdapat lif disediakan untuk kemudahan semua.

Ruangan komen dibanjiri pujian, Uyaina Arshad pun teruja

Perkongsian itu pantas mencuri perhatian netizen, khususnya rakyat Malaysia yang teruja melihat bangunan warisan negara diberi nafas baharu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyatakan tidak sabar untuk pergi melawat sendiri. Mala,h ada yang merancang untuk datang bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tidak ketinggalan, selebriti terkenal Uyaina Arshad turut meninggalkan komen, jelas terpukau dengan pesonanya.

Untuk info, pembukaan semula BSAS turut dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menerusi Facebook.

Kredit: Facebook Hannah Yeoh
Kredit: Facebook Hannah Yeoh

Menurut beliau, Blok 1 BSAS dibuka kepada pengunjung bermula 2 Februari 2026, genap setahun sejak kerja pemuliharaan bermula pada tahun 2025.

Galeri di dalam bangunan akan dibuka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang, dan bagi meraikan pembukaan ini, kemasukan ke Kuala Lumpur City Gallery adalah percuma untuk bulan pertama.

Ini menjadikan ia peluang terbaik untuk rakyat Malaysia merasai sendiri pengalaman meneroka bangunan bersejarah yang kini tampil dengan wajah baharu.

"Sebagai pintu wajah Malaysia kepada dunia, Kuala Lumpur sentiasa hidup dengan warisan, budaya dan pengalaman bandar yang unik. Jangan lepaskan peluang ini. Bawa keluarga. Bawa kawan. Datang alami sendiri sejarah Kuala Lumpur," kata Hannah Yeoh.