Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Banjir Kilat Di Beberapa Kawasan Di Kajang, Jalan Susur Masuk Dan Keluar Ke Kajang Ditutup

Gambar via Facebook

Susulan ribut petir dan hujan lebat di seluruh Malaysia petang tadi, daerah Kajang dilanda banjir kilat dan menjejaskan sebahagian penduduk setempat.

Video yang dimuatnaik pengguna Facebook Abah Rotijohn ini menunjukkan keadaan banjir kilat di kawasan Taman Zamrud, Kajang petang tadi.

Hujan lebat selama dua jam mengakibatkan banjir separas betis dewasa di kawasan itu. Kebanyakan kereta tersadai di jalan kerana keadaan banjir yang tidak memungkinkan pergerakan trafik.

Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama akaun D Salleh Sh turut mengunggah video keadaan banjir di rumahnya di kawasan Saujana Impian, Kajang. Lelaki tersebut juga berkata, ini adalah banjir pertama yang berlaku di rumahnya sepanjang menetap di situ.

Kejadian banjir kilat di kawasan tersebut turut menyebabkan laluan susur masuk Jalan Reko ke Plaza Tol Sungai Ramal dan susur keluar dari Kajang Utama ke Jalan Reko ditutup sepenuhnya.

Sumber: Facebook Abah Rotijohn, D Salleh Sh, Twitter LLM