Bank Islam Malaysia Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman facebooknya memaklumkan beberapa perkhidmatan bank berkenaan tergendala buat sementara waktu.
Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah ATM, CDM, Kad Debit-i Bank Islam, Aplikasi GO dan Perbankan Internet.
Tiada maklumat lanjut dimaklumkan.
Bagaimanapun pihak Bank Islam ketika ini sedang sedang meneliti perkara ini dan usaha baik pulih sedang dijalankan.
