Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
bank rakyat
Kredit: Bank Rakyat
Bank Rakyat Lancar AI Fiqh Scholar Version, Perkukuh Integrasi Teknologi AI & Syariah Dalam Kewangan Islam

Aina Munirah

Bank Rakyat Lancar AI Fiqh Scholar Version, Perkukuh Integrasi Teknologi AI & Syariah Dalam Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 6 FEBRUARI 2026 - Bank Rakyat baru-baru ini melancarkan Al Figh Scholar Version, sebuah platform kecerdasan buatan (Al) berteraskan Syariah yang dibangunkan dengan kerjasama rakan strategik, Fiqh Tech Sdn Bhd.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff. Dalam ucapannya,

Ahmad Shahril berkata, pelancaran ini menandakan komitmen berterusan Bank Rakyat dalam menerajui inovasi kewangan Islam yang menggabungkan teknologi digital dan prinsip Syariah secara menyeluruh.

"Sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan patuh Syariah, Bank Rakyat percaya bahawa tanggungjawab institusi kewangan bukan sahaja tertumpu kepada penyediaan penyelesaian kewangan, malah merangkumi usaha memperkasa nilai Syariah, memperkukuh tadbir urus serta memastikan inovasi memberi manfaat kepada kesejahteraan ummah.

"Al Fiqh Scholar Version merupakan solusi teknologi Al yang memberikan jaminan ke atas ketulenan dan kesahihan sumber rujukan Syariah, tanpa sebarang unsur fabrikasi maklumat. Inisiatif ini membuktikan bahawa teknologi dan Syariah mampu digabungkan bagi menghasilkan impak yang lebih besar dalam dunia digital," katanya.

Sebagai nilai tambah kepada masyarakat, sebanyak 8% daripada yuran langganan Al Fiqh akan disalurkan ke Dana Wakaf Tunai Bank Rakyat bagi tempoh lima tahun, untuk menyokong inisiatif pelaburan wakaf serta projek-projek berasaskan wakaf.

Pendekatan ini mencerminkan peranan inovasi Al bukan sahaja sebagai pemacu industri, tetapi juga sebagai instrumen pembangunan sosial dan pemerkasaan komuniti.

Al Fiqh kini telah digunakan oleh pengguna dari 72 buah negara, termasuk Jerman, Mesir, Malaysia, Indonesia dan Arab Saudi, sekali gus membuktikan penerimaan global terhadap solusi teknologi kewangan Islam yang berteraskan Syariah.

Dalam majlis yang sama, Bank Rakyat turut mengumumkan pemenang Pertandingan Al Fiqh Hackathon in Islamic Finance 2026 yang telah berlangsung pada 28 Januari 2026, sebagai usaha menggalakkan penglibatan bakat tempatan dan antarabangsa dalam pembangunan inovasi kewangan Islam berasaskan Al.

"Pelancaran ini mencerminkan keyakinan Bank Rakyat bahawa penggunaan teknologi Al mampu memperkukuh aktiviti penyelidikan, inovasi dan pembuatan keputusan dalam kewangan Islam, tanpa menggantikan peranan cendekiawan serta pertimbangan manusia," tambah Ahmad Shahril.