Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Bantuan Baucar Barangan Asas Selangor RM200 Untuk Musim Perayaan 2026
Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi melaksanakan Bantuan Baucar Barangan Asas RM200 bagi tahun 2026. Ianya khusus untuk membantu isi rumah yang berpendapatan rendah membuat persediaan menghadapi musim perayaan.
Program ini merangkumi sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. Lazimnya setiap perayaan ini memerlukan perbelanjaan tambahan untuk keperluan harian dan barangan asas keluarga.
Dengan langkah ini, kerajaan negeri berharap dapat meringankan beban kewangan rakyat serta memastikan sambutan perayaan dapat diraikan dengan lebih selesa dan bermakna.
Untuk tahun 2026, peruntukan bagi program ini telah ditingkatkan kepada RM18.48 juta. Program ini menyasarkan seramai 92,400 penerima.
Bantuan ini diberikan secara bersasar kepada isi rumah yang benar-benar layak. Proses pemilihan dijalankan melalui panggilan telefon atau WhatsApp dan terdapat juga pendaftaran di beberapa Pusat Khidmat Wakil Rakyat (DUN).
Pendekatan ini bertujuan memudahkan rakyat mendapatkan bantuan tanpa perlu melalui proses permohonan yang rumit. Pada masa yang sama juga, ianya dapat memastikan peruntukan kerajaan dapat dimanfaatkan secara optimum.
Bantuan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Selangor dan berdaftar sebagai pengundi di negeri tersebut mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
Program ini mensasarkan golongan isi rumah berpendapatan rendah. Khususnya mereka yang menghadapi cabaran meningkatnya kos sara hidup di mana pendapatan bulanan isi rumah mestilah tidak melebihi RM3,000.
Had ini ditetapkan bagi memastikan bantuan disalurkan secara bersasar kepada keluarga yang benar-benar memerlukan. Ianya sekaligus akan memberikan kelegaan kewangan yang signifikan ketika menghadapi perbelanjaan tinggi menjelang musim perayaan.
Di samping itu, pemohon yang ingin menerima bantuan ini tidak dibenarkan menjadi penerima mana-mana skim bantuan negeri lain.
Contohnya seperti Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) atau Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).
Langkah ini diambil untuk mengelakkan sebarang pertindihan bantuan. Ia juga bertujuan untuk memastikan penggunaan peruntukan kerajaan lebih efektif.
Selain itu, langkah ini memberi peluang kepada lebih ramai isi rumah yang layak untuk menerima manfaat. Dengan mekanisme yang teratur, kerajaan negeri dapat menyalurkan bantuan secara lebih adil dan telus sambil memberikan impak yang positif kepada kesejahteraan keluarga di seluruh Selangor.
Dokumen yang diperlukan
Walaupun kaedah permohonan berbeza mengikut DUN, pemohon lazimnya perlu menyediakan beberapa dokumen asas sebagai bukti kelayakan.
Dokumen utama termasuk salinan kad pengenalan pemohon bagi mengesahkan status warganegara Malaysia serta alamat tempat tinggal di Negeri Selangor.
Selain itu, bukti pendapatan isi rumah juga mungkin diminta. Ianya sama ada dalam bentuk slip gaji, surat pengesahan majikan atau pengakuan pendapatan bagi mereka yang bekerja sendiri.
Dalam sesetengah kes, pemohon juga perlu mengemukakan bukti status sebagai pengundi berdaftar di Selangor mengikut kawasan DUN masing-masing.
Penyediaan dokumen ini penting bagi memastikan proses semakan dapat dilakukan dengan telus dan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak.
Bagi memastikan agihan bantuan berjalan dengan lancar dan bersasar, proses permohonan dan pemilihan penerima dilaksanakan mengikut kaedah yang ditetapkan oleh setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Secara umumnya, individu yang memenuhi kriteria kelayakan akan dikenal pasti dan dihubungi secara terus oleh pihak bertanggungjawab melalui panggilan telefon atau aplikasi WhatsApp. Kaedah ini bertujuan memudahkan urusan rakyat tanpa perlu melalui proses permohonan yang rumit.
Selain itu, terdapat juga DUN tertentu yang membuka pendaftaran atau permohonan melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat. Maklumat berkaitan pendaftaran biasanya diumumkan melalui saluran rasmi seperti laman Facebook atau hebahan tempatan.
Oleh itu, orang ramai disarankan untuk sentiasa memantau pengumuman daripada wakil rakyat di kawasan masing-masing bagi mengelakkan terlepas peluang menerima bantuan ini.
Secara keseluruhannya, Bantuan Baucar Barangan Asas RM200 Selangor 2026 ini merupakan inisiatif kebajikan yang signifikan dalam membantu rakyat yang berpendapatan rendah menghadapi kos perayaan dengan lebih tenang.
Dengan proses permohonan yang dipermudahkan serta keperluan dokumen yang asas serta syarat kelayakan yang jelas, bantuan ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan sasar dan memberi impak positif kepada kesejahteraan isi rumah di Selangor.
Sumber : FB Media Selangor, FB Jamaliah Jamaluddin
BACA : Ini 8 Barang Dapur Yang Boleh Dibersihkan Dengan Garam