Seorang bapa kandung dilaporkan menganiayai anak perempuannya sendiri dengan menyeret muka anaknya itu sejauh 7 meter dan pukul sehingga lebam hanya kerana berselisih faham disebabkan maslaah menjemur pakaian.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di Duren Sawit, Jakarta Timur, Indonesia ini telah tular di media sosial.
Suspek yang berumur 40 tahun itu didakwa telah melakukan kekerasan kepada mangsa yang baru sahaja berusia 12 tahun.
Kes tersebut kemudiannya terus disiasat oleh pihak Polis Jakarta Timur.
Berdasarkan penjelasan daripada pihak polis, kes tersebut terjadi kerana masalah menjemur kain sahaja.
Hanya disebabkan itu, ayahnya tergamak menggunakan kekerasan terhadap anaknya yang masih dibawah umur.
Pada awalnya, mangsa telah disuruh ibu tirinya untuk menjemur pakaian di sekitar rumahnya.
Pun begitu, tempat untuk menyidai pakaian tersebut telah penuh. Lalu dia disarankan untuk menyidai pakaian dengan menggantung menggunakan penyangkut baju.
Mengetahui berkenaan perkara tersebut, ibu tirinya itu lantas memarahi mangsa dengan menyatakan mangsa kerana tidak menurut arahannya.
Tertekan dengan makian yang dikeluarkan oleh isterinya, sang ayah kemudiannya naik berang dan mula bertindak agresif terhadap anak kandungnya itu.
Menurut pihak polis, ayahnya itu telah menyeret mangsa kira-kira 7 meter dan memukul wajah mangsa dengan menggunakan tangan dan selipar.
Susulan daripada kejadian itu, mangsa mengalami lebam pada pipi kiri dan kanannya kerana diseret dan dipukul suspek manakala kakinya pula luka dan berdarah.
Beberapa jam kemudian selepas daripada insiden itu berlaku, pihak polis telah berjaya menahan suspek bagi memastikan kejadian tersebut tidak berulang.
Suspek bakal didakwa di bawah akta kekerasan dalam rumah tangga dan akta perlindungan kanak-kanak. Sekiranya didapati bersalah, suspek bakal berhadapan dengan hukuman penjara selama lima tahun.
Sumber: Tribun