Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bapa Menangis, Anak Penjual Pisang Goreng Raih 11A+ SPM 2025

Athirah
SPM 2025
Kredit: @tvpss.smatkem
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bapa Menangis, Anak Penjual Pisang Goreng Raih 11A+ SPM 2025

Semalam memang jadi detik yang cukup bermakna dan penuh emosi bagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM apabila keputusan yang dinanti akhirnya diumumkan.

Penantian yang terasa panjang dengan segala usaha, pengorbanan dan cabaran sepanjang tempoh belajar kini terjawab apabila masing-masing menerima keputusan sendiri.

Di sebalik keputusan itu, tersimpan pelbagai kisah yang menyentuh hati.

Ada yang tersenyum lebar, ada juga yang tidak dapat menahan air mata, sama ada kerana gembira ataupun lega selepas melalui perjalanan yang mencabar.

Suasana di seluruh negara turut dipenuhi dengan reaksi penuh emosi apabila guru dan ibu bapa sama-sama meraikan detik penting ini.

Calon SPM, bapa menangis bila tengok keputusan SPM

Menerusi video yang dikongsikan oleh @tvpss.smatkem di TikTok, Fakhrul Iman yang merupakan calon SPM 2025 nyata menyentuh hati ramai apabila dia berjaya meraih keputusan cemerlang dengan memperoleh 11A+.

Kejayaan luar biasa itu bukan sahaja membanggakan diri sendiri, malah turut mengharumkan nama keluarga dan sekolah.

Turut dapat dilihat momen penuh emosi ketika Fakhrul menerima keputusannya.

Lebih menyentuh hati apabila bapanya tidak dapat menahan air mata, menangis kegembiraan melihat kejayaan anak yang selama ini berusaha keras.

Video berdurasi 00:52 saat memaparkan bapanya turut dilihat memegang wajah Fakhrul sebagai tanda bangga atas pencapaian yang diraih.

Apabila ditanya mengenai tip belajar untuk meraih keputusan cemerlang, pemuda berkenaan menekankan beliau amat mementingkan adab terhadap guru.

Fakhrul turut berkongsi tip belajar untuk meraih keputusan cemerlang

Menurutnya, tanpa adab dan rasa hormat, ilmu sukar untuk difahami apatah lagi meresap dalam diri.

Baginya, guru bukan sekadar pendidik, malah ibarat ‘ibu bapa’ di sekolah yang memainkan peranan besar dalam membentuk kejayaan seseorang pelajar.

Oleh itu, menjaga adab dengan guru adalah antara kunci utama dalam menuntut ilmu.

“Saya merancang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara, khususnya di Timur Tengah dalam bidang agama

"Kalau tercapai, insya-Allah saya bercita-cita untuk menjadi pensyarah,” katanya kepada SK.

Difahamkan, bapanya, Zainudin bin Abdul Latif merupakan seorang penjual pisang goreng di Telok Kemang.

Sumber:TikTok