Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Baru Dapat Lesen Memandu, Layak Ke BUDI95?

Iqbal Yasir
lesen memandu baru dapat budi95
Gambar: Bernama

Baru Dapat Lesen Memandu, Layak Ke BUDI95?

Bermula 30 September 2025 (Selasa), seluruh rakyat Malaysia mula menikmati manfaat Budi MADANI RON95 atau BUDI95.

Inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim membolehkan rakyat untuk menikmati harga RON95 pada RM1.99 berbanding RM2.05 seliter sebelum ini.

Dalam pengumuman itu, setiap warganegara Malaysia layak menerima kuota 300 liter pada setiap bulan.

Pun begitu, masih ramai yang tertanya-tanya dengan inisiatif Kerajaan memandangkan ia baru sahaja diperkenalkan.

Sebelum pergi lebih jauh mengenai persoalan ramai, mari fahami terlebih dahulu mengenai BUDI95 ini di bawah.

Apa itu BUDI95?

Budi MADANI RON95 (BUDI95) ialah inisiatif Kerajaan MADANI untuk menyasarkan subsidi petrol RON95.

Inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan ini bagi menangani ketirisan disebabkan penyeludupan dan subsidi yang diberi kepada bukan warganegara.

Pengguna warga asing perlu membayar harga runcit RON95 kepada tahap tanpa subsidi, yang dianggarkan sekitar RM2.60.

Sementara itu, rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 pada harga subsidi yang lebih rendah iaitu RM1.99 seliter dengan menggunakan MyKad.

Gambar: MOF via Majlis Keselamatan Negara

Kelayakan BUDI95

Untuk pengetahuan, semua warganegara Malaysia dengan lesen memandu yang aktif, layak menikmati BUDI95 ini.

Berikut antara lesen memandu yang layak;

  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) (Kelas kenderaan A, A1, B, B1, B2, C, D dan DA);

  • Lesen Memandu Percubaan (PDL) (Kelas kenderaan A, A1, B, B1, B2, C, D dan DA);

  • Lesen Belajar Memandu (LDL) (Kelas kenderaan A, B, B1, B2 dan C);

Selain lesen memandu, pemegang kad pengenalan atau MyKad juga diperlukan bagi mengesahkan anda sebagai seorang warganegara Malaysia.

Gambar: Bernama

Adakah individu berkenaan berkelayakan untuk menikmati BUDI95?

Antara soalan yang sering diajukan adalah mengenai mereka yang baru sahaja meraih lesen memandu, iaitu selepas pelancaran BUDI95.

Jawapannya adalah ‘YA’.

Mereka yang baru sahaja menerima lesen menandu dan pemegang MyKad layak menerima BUDI95 sebaik sahaja sistem pangkalan data utama (CDB) dikemaskini.

Sebagai contoh, jika anda menerima lesen memandu sebelum 15 hari bulan pada bulan tersebut, anda layak untuk BUDI95 pada 1 hari bulan, bulan berikutnya.

Manakala sekiranya anda menerima lesen memandu selepas 15 hari bulan pada bulan tersebut, anda akan layak menerima BUDI95 pada 10 hari bulan, bulan berikutnya.

Semoga bermanfaat

Sumber: Budi95.gov.my