Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bas Kecil Terjunam Dalam Gaung, 8 Disahkan Maut
Sekurang-kurangnya lapan orang dilapor maut dan enam lagi cedera selepas sebuah bas kecil terjunam ke dalam gaung, lapor Xinhua.
Kejadian berkenaan berlaku di sepanjang Jalan Yungas yang terletak di dalam wilayah pentadbiran La Paz pada Isnin lalu.
“Lapan orang maut dan enam cedera. Antara yang terkorban ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun,” kata pengarah jabatan itu, Pavel Tovar.
Tambahnya, hujan yang melanda baru-baru ini menyebabkan jalan licin dan kawasan itu turut diselubungi kabus tebal, manakala pemandu dipercayai hilang kawalan akibat keadaan jalan yang buruk.
Menurut laporan awal, bas kecil yang turut membawa muatan daun koka itu tiba-tiba terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sebelum mendarat di dasar sungai.
Anggota bomba dan sukarelawan mengambil masa berjam-jam untuk menyelamatkan mangsa terselamat dan mengeluarkan mayat.
Sumber: Xinhua