Sedar atau tidak, kita sudah sampai ke pertengahan bulan Syawal bagi tahun ini. Hujung-hujung minggu sebahagian kita masih lagi dipenuhi dengan jemputan ke rumah terbuka dan sebagainya.
Namun, ada juga yang mengambil kesempatan untuk terus beribadah kepada Allah swt dengan menjalankan ibadah sunat puasa enam hari di bulan Syawal.
Puasa enam ini mempunyai syarat sah yang hampir sama seperti puasa di bulan Ramadan di mana secara amnya, mereka yang berpuasa perlu menahan diri daripada makan, minum dan melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa termasuklah berjimak di siang hari.
Bercakap mengenainya, timbul persoalan di mana adakah mereka yang sedang berpuasa enam akan dikenakan kaffarah jika bersetubuh di siang hari, sama seperti bulan Ramadan?
Untuk menjawab persoalan itu, mari kita ikuti penjelasan yang kame perolehi daripada laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan ini.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan