Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Puluhan Kubur Dibongkar, Batu Nisan Berselerak

Puluhan Kubur Dibongkar
Kredit: Detik

Puluhan Kubur Dibongkar, Batu Nisan Berselerak

Penduduk di sebuah kampung di Kota Batu, Jawa Timur dikejutkan dengan kejadian puluhan kubur yang dibongkar dan batu nisan dibiar dalam keadaan berselerak di sebuah kawasan perkuburan.

Detik melaporkan menerusi satu rakaman video, beberapa batu nisan dilihat dicabut tanpa kebenaran daripada waris si mati.

Salah seorang waris mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau memaklumkan bahawa pusara ibu bapanya berada dalam keadaan tidak terurus, manakala batu nisannya pula telah dialihkan tanpa kebenaran.

“Benar, salah satu makam yang dirosakkan itu ialah makam ayah saya,” jelasnya ketika dihubungi media tempatan.

Sementara itu, Ketua Dusun Sumber Sari, Istiyah memaklumkan bahawa kira-kira 20 kubur dilaporkan rosak di Tanah Perkuburan Awam Dusun Sumber Sari, Kampung Giripurno.

“Dianggarkan lebih kurang 20 kubur telah dialihkan secara paksa,” katanya.

Menurutnya lagi, sebaik tiba di lokasi, beliau mendapati beberapa kubur dalam keadaan tidak terurus dengan sisa pokok yang ditebang bertaburan dan batu nisan telah dialihkan dari tempat asal.

Sumber:detikjatim