Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Batuan Besar, Lumpur Penuhi Laluan Jalan Selepas Banjir Di Sulawesi Utara

Iqbal Yasir
Batuan lumpur jalan banjir sulawesi
Gambar: TikTok

Batuan Besar, Lumpur Penuhi Laluan Jalan Selepas Banjir Di Sulawesi Utara

Baru-baru ini tular sebuah rakaman memaparkan batu-batu besar dan lumpur yang dibawa arus memenuhi laluan jalan raya selepas banjir yang melanda di Kabupaten Kepulauan Sitaro, Wilayah Sulawesi Utara, lapor portal Kumparan.

Dalam klip video berkenaan, menunjukkan bencana yang membawa batu dan lumpur itu turut memasuki kediaman penduduk setempat.

Difahamkan, tiga daerah dilaporkan terjejas, di Kecamatan Siau Timur, Siau Timur Selatan dan Siau Barat, dengan bekalan elektrik dan telekomunikasi turut terputus.

Ia susulan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan berkenaan dalam tempoh yang agak lama.

Menurut Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Abdul Muhari sembilan orang disahkan meninggal dunia, manakala lima lagi masih hilang.

Sementara itu, Insiden itu turut mengakibatkan 17 cedera, dan 102 orang dipindahkan ke bangunan GMIST Bethbara.

Beliau turut menjelaskan bahawa lima buah rumah penduduk telah dihanyutkan dalam kejadian tersebut, manakala jumlah keseluruhan kerugian harta benda masih belum diketahui.

Ketika ini, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih meneruskan operasi pemindahan serta pencarian mangsa yang dilaporkan hilang.

Sumber: Kumpuran (1), (2)

BACA: Prabowo Dedah Ada Pihak Mahu Beli Lumpur Banjir Sumatera

BACA: Media Indonesia Jelaskan Mengapa Banjir Di Sumatera Lebih Parah Berbanding Negara Jiran