Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bawa Kereta Sekali Atau Diri Je? 5 Situasi Kena ‘Consider’ Kalau Ke Langkawi Naik RoRo

Ke langkawi Naik roro

Bawa Kereta Sekali Atau Diri Je? 5 Situasi Kena ‘Consider’ Kalau Ke Langkawi Naik RoRo

Sudah sedia maklum, Langkawi merupakan pulau pelancongan yang sangat ikonik di Malaysia dan ia menjadi destinasi terkenal dalam kalangan pelancong luar negara. Tidak dinafikan, Langkawi mempunyai pelbagai tarikan yang membawa ramai orang ke pulau tersebut dengan pelbagai gaya pelancongan.

Nak ke Langkawi, pelancong ada beberapa pilihan untuk tiba di sana, sama ada menggunakan pengangkutan udara atau pengangkutan air yakni feri. Tapi mungkin tak ramai yang tahu, selain feri penumpang, ada juga Perkhidmatan RoRo (Roll-On-Roll-Off) yang merupakan pilihan yang praktikal dan selesa. Apa yang lebih menarik, dengan perkhidmatan alternatif ini, pelancong boleh membawa kenderaan sendiri untuk masuk ke Langkawi.

Ke langkawi Naik roro

Bila Masa Sesuai Nak Ke Langkawi Naik RoRo

Kalau ada niat untuk ke Langkawi, dan masih berfikir nak naik feri penumpang ataupun RoRo, mungkin korang kena pertimbangkan 5 sebab dan situasi dulu sebelum buat keputusan.

Ke langkawi Naik roro

Berapa Lama Nak Bercuti?

Sebelum buat keputusan nak ke Langkawi gunakan perkhidmatan apa, mungkin korang kena pertimbangkan berapa hari akan menginap di sana. Secara analogi mudahnya, lebih baik guna kereta sendiri berbanding sewa kereta kalau tempoh bercuti di Langkawi dalam tempoh yang lama. Mana tidaknya, kalau ‘stay’ 5 hari, terpaksalah bayar sewa kereta lebih mahal, jauh lebih tinggi berbanding bayaran tiket RoRo untuk bawa sekali kereta.

langkawi roro

Nak Jalan-jalan Atau Lepak Hotel Sahaja?

Kalau korang punya perancangan untuk hanya lepak di persekitaran tempat penginapan korang sahaja, mungkin korang tak perlu langsung ada kenderaan, kerana lebih berbaloi jalan kaki. Namun, kalau korang ada ‘plan’ untuk jelajah seluruh pulau, sebaiknya korang perlu ada kereta sendiri supaya menjadikan perjalanan lebih mudah. Lebih selesa jika guna kereta sendiri yang kita sendiri sudah mahir, dan boleh memandu dengan selamat.

Pergi Berapa Ramai Orang?

Kalau ke Langkawi setakat seorang atau dua, mungkin motosikal sewa lebih berbaloi. Tapi kalau ke sana dengan 6 atau 7 orang, sebaiknya bawa kereta sendiri sebab senang bergerak, terutamanya jika ada anak kecil atau orang tua yang terbatas pergerakannya. Jika ada MPV, lebih mudah untuk angkut semua sekali dalam satu kereta.

langkawi roro

Banyak ke bawa barang atau nak ‘shopping’ penuh bonet?

Nak ke Langkawi bukan sekadar melancong, ada yang ke sana untuk membeli-belah sebanyak mungkin. Jika sebegini niatnya, sebaiknya bawa kenderaan sendiri sebab boleh sumbat semua hasil ‘tangkapan’ dalam bonet, dan hanya dikeluarkan semula ketika berada di depan rumah bila dah balik nanti.

Nak Fleksibel Atau Ikut Jadual?

Sebenarnya ramai yang ada otak seminit, sebab plan nak melancong atau singgah kat mana-mana dalam tempoh sesaat. Bila terfikir, terus gerak ke destinasi yang ada dalam kepala. Jadi kalau korang begini orangnya, sebaiknya korang bawa kereta sendiri, sebab boleh ke mana sahaja, tanpa perlu terikat dengan ketersediaan pengangkutan ataupun tempoh sewaan.

Jadi, Mana Satu Pilihan Paling Sesuai?

Jika ditanya, mestilah min akan buat pilihan yang paling berbaloi dan boleh menjimatkan kos. Contohnya, kalau kadar sewaan kereta lebih tinggi berbanding bayaran tiket RoRo untuk bawa sekali kereta, sudah pasti min akan pilih untuk bawa kereta sendiri. Lebih selesa, lebih senang bergerak ataupun simpan barang.

Kalau korang pun lebih cenderung kepada pilihan min, korang boleh kuatkan keputusan itu dengan promosi yang sedang ditawarkan sekarang. Sebabnya, sekarang ada promosi Bayaq Satu, Free Satu untuk bakal-bakal pelancong Langkawi yang akan datang.

RoRo Ferry

Bermula 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2026, orang ramai boleh menikmati promosi RoRo Ferry iaitu ‘Bayaq Sorang, Free Sorang!’ dengan menikmati 50% pulangan tunai. Promosi ini secara jelas lebih menjimatkan dan berbaloi sekiranya korang mempunyai perancangan untuk ke Langkawi sama ada dua orang atau lebih daripada itu.

Bagi promosi ini, antara syarat yang perlu ditepati adalah membeli tiket RoRo passenger pergi dan balik serta tinggal selama 2 malam di Langkawi. Walau bagaimanapun, perkhidmatan serta promosi ini hanya terdapat di Kuala Perlis sahaja.

langkawi roro

Bestuba Bot Ke Pulau Tuba

Selain promosi beli 1 percuma 1 bagi perkhidmatan RoRo, korang juga boleh menikmati promosi Bayaq Satu, Free Satu! Bagi yang berhajat untuk ke Pulau Tuba dan bermalam. Syarat yang perlu dituruti adalah perlu bermalam 1 hari di Pulau Tuba, Lubuk Cempedak atau Selat Bagan Nyiur. Promosi ini adalah dengan cara korang hanya beli tiket menuju ke Pulau Tuba dan boleh menikmati percuma tiket balik, asalkan bermalam 1 hari.

Langkawi sememangnya banyak tarikan yang membawa ramai pengunjung tidak kira dari dalam atau luar negara. Dengan promosi Beli 1 Percuma 1 bagi RoRo dan bot ke Pulau Tuba ni, lagi merancakkan senario pelancongan bagi pulau yang terletak di Kedah ini. Jadi, bagi yang berminat, korang dah boleh hubungi keluarga, rakan-rakan terdekat untuk merancang percutian ke sana.

langkawi roro

Untuk dapatkan promosi seperti di atas, korang boleh tempat melalui pautan di bawah:-

RoRo Passenger Ferry: www.langkawiport.com.my

Mini-Ferry Bestuba: www.bestuba.my

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Langkawi atau promosi ini, korang boleh layari pautan INI.

Intipati
  • RoRo menjadi pilihan untuk pelancong membawa kenderaan sendiri ketika bercuti di Langkawi.
  • Artikel menyarankan pertimbangan tempoh bercuti, jumlah penumpang, barang dan fleksibiliti perjalanan.
  • Promosi RoRo dan bot Pulau Tuba ditawarkan dengan syarat penginapan tertentu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan