PHATHUM THANI, BANGKOK: Seorang pemandu lori menyalahkan GPS apbila dia dan lori yang dipandunya terjatuh ke dalam sungai.
Wittiwat, 23, memberitahu pihak berkuasa bahawa GPS telah menyuruhnya untuk menyeberangi jambatan kayu. Ketika itu lorinya membawa pasir. Dia cuba untuk menyeberangi namun, jambatan kayu itu telah runtuh dan lorinya jatuh ke dalam sungai.
Penduduk di kawasan itu telah berjaya untuk menyelamatkan dan membawanya ke hospital berhampiran. Mangsa hanya cedera ringan di bahagian lutut.
Seorang pegawai tempatan mengatakan bahawa jambatan yang rosak itu sudah berusia 30 tahun dan hanya digunakan oleh muatan ringan dan motorsikal sahaja.
Dia mengatakan jambatan itu akan diperbaiki.
Sumber: The Thaiger
