Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah telah berkongsikan beberapa foto petugas barisan hadapan di ruangan Twitter miliknya pada tengah hari tadi.
Melihat pada foto ini sahaja sudah cukup menggambarkan 1001 keperitan dan kelelahan yang ditanggung oleh barisan petugas barisan hadapan di setiap negara bagi menyelamatkan nyawa pesakit COVID-19.




Terkesan dengan perkongsian Dr. Noor Hisham, warganet menerusi ruang komen telah memberikan pelbagai respon. Ada yang berterima kasih kepada barisan frontliners, ada yang mendoakan kesejahteraan mereka, tidak kurang juga ada yang mengusulkan cadangan supaya mereka ini dibantu.
Antara komen yang berterima kasih kepada barisan frontliners:



Ada yang sudi mendoakan barisan frontliners ini:



Antara yang memberi cadangan dan saranan:


Semoga barisan frontliners seluruh negara terus tabah dan kuat demi mengharungi kepayahan yang sementara ini sehingga suatu saat negara kita bebas daripada belenggu pandemik COVID-19.
Sumber: Twitter Dr. Noor Hisham Abdullah
