Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Twitter via @myjassaramli

Bawa Myvi Sendiri, Wanita Kongsi “Roadtrip” Keluarga 6H5M Ke Hatyai & Krabi, Modal Tak Sampai RM 3k

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pada era kegawatan ekonomi ini, kadar kekerapan rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara semakin rendah. Kadar inflasi yang tinggi, nilai mata wang yang rendah menyebabkan ramai yang hanya mampu menatap foto negara impian mereka menerusi skrin telefon bimbit mereka.

Melancong dalam negara sememangnya dapat melepaskan tekanan di tempat kerja mahupun semasa menempuhi alam pendidikan. Namun, sesetengah daripada rakyat Malaysia ingin merasai kelainan yang ketara dari segi budaya, gastronomi dan sebagainya.

Seorang pengguna Twitter, Jassa Li (@myjassaramli) berkongsi bagaimana dirinya bersama keluarga melancong ke Thailand dengan menaiki Myvi selama enam hari lima malam. Sudah semestinya, anda tidak mempercayai bahawa kos keseluruhan bagi perjalanan mereka hanya RM3000 sahaja.

Untuk pengetahuan pembaca, Puan Jassa Li merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Pondok Kahwin. Dalam perjalanan ini, beliau telah menaiki sebuah kereta Myvi bersama suami dan dua orang anaknya yang masing-masing berusia enam dan tiga tahun.

Perjalanan Menuju Sempadan Thailand

Mereka sekeluarga telah memulakan perjalanan dari Semenyih sehingga Kedah dalam lingkungan lima jam. Setelah sampai ke Negeri Jelapang Padi tersebut, Jassa Li bersama keluarganya berehat sebentar di rumah ayahnya dekat Jitra untuk beberapa jam.

Kemudian, mereka menyambung semula perjalanan sehingga ke Bukit Kayu Hitam, Kedah. Bukit Kayu Hitam merupakan salah satu laluan darat untuk menuju ke Thailand dan jaraknya dari Jitra hanyalah 20 minit sahaja.

Wanita tersebut memberikan saranan kepada anda untuk pergi ke Thailand menerusi jalan ini. Ini berikutan, jumlah kereta yang melalui jalan ini tidak terlalu banyak. Berdasarkan pengalaman beliau,mereka hanya menghabiskan masa selama 20 minit sahaja sebelum dapat merentasi sempadan negara tersebut.

Apa yang penting, dokumen-dokumen yang lazim seperti pasport, dokumen kereta, pas pelepasan telah dipersiapkan. Anda boleh merujuk proses-proses berdasarkan gambar di bawah.

Kredit: Twitter via @myjassaramli

Antara dokumen yang wajib dibawa bersama adalah pasport yang sah, geran kereta yang asli dan insurans. Bagi insurans, anda boleh merujuk pada laman web https://gothai.my tetapi, Jassa Li memberikan cadangan kepada anda untuk membeli insurans tersebut berdekatan kedai ini.

Di kedai tersebut, ada orang yang akan memberi bimbingan kepada anda dan mengisi pas pelepasan anda sekali. Maka, tiada keralatan yang akan berlaku. Untuk mencari kedai ini, anda boleh meletakkan carian ‘Petron Napoh’ pada Waze anda. Selain itu, anda juga boleh membeli kad SIM Thailand untuk telefon pintar anda, supaya dapat menikmati liputan internet yang memuaskan sewaktu perjalanan anda di sana.

Kredit: Twitter via @myjassaramli

Semasa berada di Thailand

Dari sempadan Bukit Kayu Hitam sehingga ke Hatyai, masa pemanduan adalah dalam tempoh sejam. Pada masa sekarang, harga minyak petrol di Thailand lebih mahal jika dibandingkan di Malaysia. Oleh itu, sebelum merentasi sempadan negara ini, mereka telah mengisi minyak kereta sehingga penuh tangki dan ia cukup untuk pusing-pusing di sekeliling Hatyai selama sehari dan perjalann menuju ke Krabi.

Disebabkan Jassa Li sekeluarga pergi ke Hatyai pada Isnin, kebanyakan kedai dan tempat tutup. Akan tetapi, ini tidak memberikan kesan kepada perjalanan meraka kerana mereka tidak meletakkan apa-apa aktiviti yang berat pada hari pertama di Thailand dan hanya ingin menetap di bilik dan makan-makan sahaja.

Bagi hari kedua, Jassa Li sekeluarga memulakan pagi mereka dengan berjalan-jalan di sekitar Kim Yong Market dan bersarapan dekat Nescafe Street Cafe. Suasananya seperti pasar pagi dekat sini, ada yang menjual sayuran, makanan, buah-buahan dan pakaian. Selepas itu mereka terus bergerak ke Krabi.

Kredit: Twitter via @myjassaramli

Meneruskan perjalanan ke Krabi

Perjalanan dari Hatyai ke Krabi mengambil masa dalam lingkungan empat jam, iaitu dalam lingkungan 280km. Lebuh rayanya memiliki dua laluan tetapi seakan-akan jalan kampung. Ini disebabkan banyak simpang keluar masuk dan pemandu dinasihatkan untuk tidak memandu terlalu laju. Berita baiknya, tiada tol dan banyak stesen petrol sepanjang lebuh raya tersebut.

Kredit; Twitter via @myjassaramli

Keesokan harinya, mereka telah berjalan-jalan di sekitar Krabi. Walaupun Krabi sinonim dengan keindahan lautannya, Jassa Li sekeluarga tidak melakukan aktiviti di laut, disebabkan seorang anaknya yang hanya baru berusia tiga bulan sahaja. Beliau hanya membenarkan anak perempuannya yang sulung untuk bermain pasir di pinggiran pantai.

Walau bagaimanapun, mereka masih dapat menikmati masa-masa di Krabi dengan berjalan-jalan di Aonang Street Walk pada waktu malam. Kemudian, mereka menikmati juadah Thai di Aonang Night Market. Mereka mengatakan makanan di sini murah dan terdapat banyak pilihan utnuk diterokai.

Kredit; Twitter via @myjassaramli

Pada hari keempat, mereka menuju ke Hatyai semula berehat di hotel sehingga waktu petang. Setelah menghilangkan rasa penat, Jassa Li dan keluarga pergi bersiar-siar di sekitar pasar malam yang terdapat di sana. Terdapat dua pasar malam yang wajib dikunjungi oleh para pelancong iaitu, Greenway Night Market (disebabkan banyak baju cantik dan murah) dan Asean Night Bazar (makanan sedap dan murah).

Hari seterusnya, mereka terus checkout dan menuju ke Lee Gardens Hotel. Dalam Lee Gardens Hotel, terdapat pelbagai kedai dan restoran. Pada bahagian luar plaza, terdapat street walk and kedai-kedai yang menjual makanan, pakaian, alak solekan dan lain-lain. Suasana ini seakan-akan mirip dengan GM Mall di Kuala Lumpur, yang membezakannya hanyalah harga yang ditawarkan kepada pembeli.

Kredit; Twitter via @myjassaramli

Perjalanan menuju ke tanah air semula

Terdapat pelbagai destinasi lain yang dikunjungi oleh Jassa Ramli dan keluarganya seperti Minicipal Park Hatyai, Central Mosque of Songkhla dan Khlong Hae Floating Market sebelum bergerak pulang ke tanah air semula. Setelah tiba ke Malaysia, mereka sekeluarga tidur di Jitra terlebih dahulu bagi mengelakkan perjalanan pulang mereka ke Semenyih menjadi tergesa-gesa.

Pada hari terakhir perjalanan ini, mereka memulakan perjalanan pada awal pagi dan selamat sampai ke Semenyih pada 1.00 tengah hari. Jassa Li menyifatkan perjalanan mereka tidak terlalu padat dan lebih bebas untuk ke mana sahaja. Pada masa yang sama, perjalanan mereka ini boleh dikatakan agak mesra keluarga, kerana mampu memberikan pengalaman percutian yang menyeronokkan dengan iringan anak-anak kecil.

Untuk mengetahui maklumat yang terperinci mengenai lokasi-lokasi percutian dan tempat makan yang dikunjungi oleh keluarga ini, anda boleh menelusuri bebenang ciapan Jassa Li menerusi laman Twitternya.

Akhir sekali, tidak salah untuk meluangkan masa untuk melancong bersama keluarga sekali sekala. Ini bukan hanya mampu melepaskan tekanan yang terbuku dalam diri anda sewaktu berkerja malah, dapat membantu anda mengenali ahli keluarga dengan lebih mendalam. Pengalaman bercuti di negara orang dapat membantu kita sekeluarga untuk menimba lebih banyak pengalaman dan pengetahuan bak kata pepatah, jauh perjalanan luas permandangan.

BACA JUGA: “Rasa Macam Naik ETS…”, Lelaki Kongsi Tips Travel Ke Bangkok Dari Hat Yai Guna Kereta Api No.32 Special Express CNR

Sumber: @myjassaramli via Twitter