Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bayi Lelaki Baru Lahir Maut, Dipercayai Dicampak Dari Kondominium

Athirah
bayi maut dicampak kondominium
Gambar: BERNAMA

Bayi Lelaki Baru Lahir Maut, Dipercayai Dicampak Dari Kondominium

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Seorang bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan maut selepas dipercayai dicampak dari aras tinggi sebuah kondominium di Sri Petaling di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata Balai Polis Sri Petaling menerima maklumat orang awam berhubung kes tersebut pada jam 2.30 petang.

“Bayi itu dipercayai dicampak dari kedudukan yang tinggi dan mengakibatkan bahagian kepalanya pecah. Mangsa dipercayai baru dilahirkan memandangkan bayi lelaki itu masih bertali pusat,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA: Juruterbang Air Batik Tertidur 28 Minit, Sebabkan Pesawat Tidak Berada Di Laluan Betul

Sumb BERNAMA