Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Beberapa jalan utama di pusat bandar Seremban akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat selama dua hari bermula esok bagi memberi laluan kepada Latihan Simulasi Eksesais Pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Yatim Osman berkata, penutupan jalan akan dilaksanakan dari pukul 3 petang hingga 5 petang pada hari pertama bagi tujuan raptai.
Menurut beliau, pada hari Jumaat pula, penutupan dan lencongan jalan akan berlangsung dari pukul 3 petang hingga 5.30 petang sempena latihan simulasi pasca PRN yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).
“Antara jalan utama yang terlibat ialah Jalan Yam Tuan, Jalan Dato' Sheikh Ahmad, Lorong Khalsa dan Jalan Lim Kee Siong.
“Turut terlibat ialah persimpangan Jalan Tuanku Hassan/Jalan Yam Tuan (Madura), Jalan Lee Fong Yee/Jalan Yam Tuan, Jalan Lim Kee Siong/Jalan Jawa serta Lorong Khalsa/Lorong Jawa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mohd Yatim berkata, pengguna jalan raya disaran menggunakan laluan alternatif seperti Jalan Dato' Abdul Malik, Jalan Tunku Hassan, Jalan Tunku Munawir dan Jalan Dato' Abdul Kadir bagi mengelakkan kesesakan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan pegawai dan anggota trafik yang bertugas serta merancang perjalanan lebih awal sepanjang tempoh penutupan jalan berkenaan.
Katanya, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerusi talian 06-6033477 atau 06-6014999.