Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Beberapa jalan utama di pusat bandar Seremban ditutup dan dilencongkan secara berperingkat selama dua hari bermula esok untuk Latihan Simulasi Eksesais Pasca-Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).
Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Yatim Osman dalam satu kenyataan.
Penutupan jalan pada esok dari 3 petang hingga 5 petang bagi tujuan raptai manakala dari 3 petang hingga 5.30 petang Jumaat susulan hari simulasi pasca-PRN itu.
Berikutan itu, antara jalan utama yang terlibat ialah Jalan Yam Tuan, Jalan Dato' Sheikh Ahmad, Lorong Khalsa dan Jalan Lim Kee Siong.
“Laluan lain ialah persimpangan Jalan Tuanku Hassan/Jalan Yam Tuan (Madura), Jalan Lee Fong Yee/Jalan Yam Tuan, Jalan Lim Kee Siong/Jalan Jawa dan Lorong Khalsa/Lorong Jawa,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Mohd Yatim berkata pengguna jalan raya disaran menggunakan laluan alternatif antaranya Jalan Dato' Abdul Malik, Jalan Tunku Hassan, Jalan Tunku Munawir dan Jalan Dato' Abdul Kadir.
Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan pegawai dan anggota trafik yang bertugas serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.
Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban menerusi talian 06-6033477 atau 06-6014999.