Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
beg bimbit zico dicuri
Gambar: AFP

Beg Bimbit Zico Bernilai USD 543,000 Dicuri Dalam Teksi Di Paris

Azizah Najib

Beg Bimbit Zico Bernilai USD 543,000 Dicuri Dalam Teksi Di Paris

ANKARA, 27 Julai (Bernama) — Legenda bola sepak Brazil, Zico, telah kehilangan beg tangan bernilai €500,000 (kira-kira US$543,000) mengandungi jam tangan Rolex dan berlian, yang dicuri di Paris, menurut laporan harian Perancis pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).

Le Parisien melaporkan bahawa kecurian itu berlaku di dalam sebuah teksi. Seorang individu didakwa mengalih perhatian pemandu teksi sementara seorang suspek lain mencuri beg tangan Zico.

Arthur Antunes Coimbra, yang lebih dikenali sebagai Zico, berusia 71 tahun, berada di Paris atas jemputan delegasi Brazil untuk menyaksikan Sukan Olimpik 2024, yang secara rasminya bermula dengan upacara pembukaan pada malam Jumaat.

BACA: Olimpik Paris 2024: 55 Kontinjen Malaysia Bakal Terima Telefon Pintar “Edisi Olimpik”

Seorang daripada pemain bola sepak terkemuka generasinya, Zico mewakili Brazil dalam tiga Piala Dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) (1978, 1982, dan 1986) tetapi tidak pernah memenangi gelaran dunia.

Zico juga pernah menguruskan kuasa besar bola sepak Turki, Fenerbahce untuk merangkul gelaran liga domestik pada 2007, menandakan musim 100 tahun kelab itu. Di bawah bimbingannya, Fenerbahce mencapai suku akhir Liga Juara-Juara UEFA (Kesatuan Bolasepak Eropah) pada 2008.

Awal minggu ini, pasukan bola sepak kebangsaan Argentina juga menjadi sasaran pencuri sebelum perlawanan mereka di Sukan Olimpik Paris.

“Semalam (Selasa), pencuri telah memasuki tempat latihan kami dan kami telah dirompak. Thiago Almada kehilangan barang-barangnya, jam tangan dan perhiasan,” kata jurulatih kepala Argentina, Javier Mascherano, yang juga bekas pemain tengah Barcelona dan Argentina, sebelum ini.

BACA: Olimpik Paris Buka Tirai, Kontinjen Negara Segak & Anggun Dengan Persalinan ‘The Malaya’

Argentina tewas kepada Maghribi 2-1 dalam perlawanan Olimpik Paris 2024 pada Rabu di Stadium Geoffroy-Guichard di Saint-Etienne, berhampiran Lyon.

Almada, pemain tengah Botafogo yang barang-barangnya dicuri, berada di padang semasa perlawanan menentang Maghribi.

BFMTV Perancis melaporkan pada Khamis bahawa barang-barang Almada yang dicuri bernilai €50,000 atau kira-kira US$54,250. Aduan dijangka difailkan tidak lama lagi.

BACA: Tiga Syarikat Tawar Ganjaran Tunai RM2 Juta Kepada Pemenang Emas Pertama Malaysia

Sumber: BERNAMA