Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bekas Gitaris KISS, Ace Frehley Meninggal Dunia
NEW YORK — Dunia muzik rock kehilangan seorang lagi permata legenda selepas gitaris asal kumpulan rock terkenal Amerika Syarikat, KISS , Ace Frehley meninggal dunia pada usia 74 tahun, lapor BBC.
Menurut kenyataan keluarga, Frehley menghembuskan nafas terakhir di kediamannya.
“Dalam saat-saat terakhir, kami bersyukur dapat berpeluang berada di sisinya, dengan kata-kata, doa, penuh kasih sayang dan ketenangan sewaktunya pergi.
“Kehilangannya amat besar, mengenang segala pencapaian luar biasa sepanjang hidupnya, kenangan mendiang akan terus kekal dalam ingatan,” maklum ahli keluarga.
Untuk makluman, Ace Frehley merupakan pengasas kepada kumpulan KISS sejak tahun 1973 bersama Paul Stanley, Gene Simmons dan Peter Criss.
Antara lagu popular yang pernah dihasilkan oleh KISS termasuklah Rock and Roll All Nite dan God of Thunder.
Frehley termasuk ahli kumpulan lain terkenal dengan penampilan yang diperagakan sewaktu melakukan persembahan.
Pada 1982, mendiang mengumumkan meninggalkan kumpulan KISS sebelum kembali menyertai tour reuni pada 1996 dan kekal sehingga 2002.
Pemergian mendiang meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan.
Sumber: BBC