Bekas gitaris kumpulan The Times, Nazreen Sharkawi, meninggal dunia pada Isnin.
Berita duka itu dikongsikan oleh kumpulan berkenaan menerusi laman Threads.
Menurut hantaran tersebut, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.52 pagi.
“Al-Fatihah buat bekas gitaris The Times, Ein aka Nazreen, yang baru meninggalkan kita semua pada 10.52 pagi tadi.
“Semoga roh beliau dicucuri rahmat,” tulis kumpulan itu.
Sementara itu, adik kepada Nazreen turut berkongsi mengenai pemergian Allahyarham.
Menurutnya, Nazreen meninggal dunia di General Hospital Miri.
“Sesiapa yang mengenali beliau, mohon doakan dipermudahkan urusan kami sekeluarga,” katanya.

The Times merupakan sebuah kumpulan rock yang ditubuhkan pada 2004. Antara lagu popular kumpulan berkenaan ialah “Nostalgia Curang Rock n Roll”, “Pesona Algebra” dan “Gadisku Dalam Koma”.


