Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Bekas MB Kedah Meninggal Dunia
Gambar: Bernama

Bekas MB Kedah Syed Razak Meninggal Dunia

Iqbal Yasir

Bekas MB Kedah Syed Razak Meninggal Dunia

ALOR SETAR, 8 Mac (Bernama) — Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Syed Razak Syed Zain meninggal dunia kira-kira 10.30 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.

Allahyarham yang dilantik sebagai Menteri Besar Kedah kelapan pada 1999 hingga 2005 menghembuskan nafas terakhir kerana masalah kesihatan pada usia 79 tahun.

Bekas Setiausaha Akhbar Allahyarham, Datuk Boon Som Inong berkata beliau akan sentiasa mengenang Syed Razak yang sentiasa ingin mendampingi rakyat.

“Antaranya beliau (Syed Razak) pernah berkata ‘di mana ada rakyat, di situlah pejabat kita’. Beliau juga pernah berpesan antara syarat menjadi orang politik adalah sebahagian gaji kita ini termasuk habuan orang memaki dan mengata,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

BACA JUGA: Mantan Menteri Besar Perlis, Abdul Hamid Pawanteh Meninggal Dunia

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan bahawa pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar buat seluruh rakyat Kedah.

“Tidak dapat dinafikan sumbangan beliau semasa menjadi Menteri Besar Kedah dan beliau merupakan seorang pemimpin yang berdedikasi tinggi dan berjiwa kental. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham,” katanya.

Sementara itu, rakan Allahyarham, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga bekas Menteri Besar Kedah berkata pemergian Syed Razak memberi kesan kepada dirinya kerana beliau merupakan rakan baiknya.

“Saya mengenali Allahyarham sebelum beliau menceburkan diri dalam bidang politik lagi dan semangat cintanya terhadap UMNO sangat besar. Walaupun dalam keadaan uzur, beliau tetap turun berkempen untuk parti di Kuala Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lepas.

“Beliau seorang yang baik dan akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang memiliki visi dan misi dalam memajukan Kedah dan beliau akan dirindui,” katanya.

Sumber: BERNAMA