Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Bekas Pelumba GP Negara, Elly Idzlianizar Ilias Meninggal Dunia
Bekas Pelumba GP Malaysia, Elly Idzlianizar Elias dilaporkan meninggal dunia, semalam.
Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh Malaysian Cub Prix menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.
“Salam Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Elly Idzlianizar Ilias diatas pemergian beliau menghadap Illahi
“Semoga beliau diberikan tempat terbaik di sisi-Nya, dan keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan dan keikhlasan. Aamin,” kata kenyataan berkenaan.
Elly Idzlianizar Ilias, legenda pelumba GP negara meninggal dunia pada usia 40 tahun
Menurut Stadium Astro, pemergian Allahyarham mengejutkan banyak pihak terutamanya kepada komuniti serta rakan-rakan pelumba yang lain.
Allahyarham merupakan seorang individu yang tidak asing lagi dalam arena sukan permotoran tanah air dan pernah memenangi pelbagai kejuaraan dalam pelbagai kategori, terutamanya Cub Prix.
Selain menjadi legenda di tanah air sendiri, Allahyarham juga pernah meraih tiket wildcard untuk beraksi di Grand Prix Malaysia pada 2009.
Ketika itu, Allahyarham berlumba dalam kategori 125cc bersama seorang lagi pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin untuk pasukan Air Asia.
Sepanjang kariernya, Allahyarham pernah mewakili pelbagai pengeluar termasuk Yamaha, Suzuki dan Honda.
Selain itu, Allahyarham juga pernah menjadi pengulas perlumbaan untuk pertandingan Cub Prix. Allahyarham juga turut memiliki buku autobiografi bertajuk Evolusi Elly: Daripada Rempit Kepada Juara yang diterbitkan pada 2010.
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
BACA: Suami Isteri Tak Jadi Cerai Selepas Dengar Radio ERA Putar Lagu Kenangan Zaman Bercinta
BACA: Pelan Ibu Nak Ajar Anak Erti Susah Cari Duit Tak Menjadi, Anak Raih RM6k Jual Ayam Goreng
BACA: Olimpiad Matematik Antarabangsa: 6 Pelajar Harumkan Nama Negara, Malaysia Catat Kedudukan Kedua Antara ASEAN