Kes COVID-19 varian Omicron telah merebak dengan pantas di seluruh dunia. Lebih membimbangkan ialah sesetengah orang telah diuji positif untuk kali kedua atau ketiga.
Bercakap mengenainya, seorang doktor pergigian di India memaklumkan bahawa tindakan tidak membuang berus gigi selepas dijangkti COVID-19 boleh mendatangkan mudarat, malah berisiko kepada orang lain yang menggunakan bilik mandi yang sama, lapor Health Shots.
Dr Anjana Satyajit yang bertugas di Hospital Artemis, Gurugram berkata berus gigi itu perlu dibuang dengan segera kerana virus covid mungkin masih lagi ada di situ.
“Virus ini boleh bertahan di permukaan plastik untuk jangka masa yang lama, jadi anda mesti membuang berus gigi untuk selamat.
“Ia bukan sahaja akan melindungi anda daripada dijangkiti semula tetapi juga akan melindungi ahli keluarga lain jika mereka menggunakan bilik air yang sama,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Anjana juga menjelaskan mengenai ulser gingiva dan mulut kering yang dipercayai berlaku selepas dijangkiti COVID-19.
“Masalah gingiva boleh meningkat disebabkan oleh tindak balas imun yang ditindas dan kekurangan kebersihan mulut yang betul pada pesakit yang terlalu terseksa untuk mengekalkan rutin kebersihan mulut yang baik.
“Mulut yang kering akan meningkatkan lagi pertumbuhan bakteria dan ulser mulut,” jelasnya.
Sumber: Health Shots