Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bekas Presiden Syria Tiba Di Moscow Bersama Keluarga, Rusia Tawar Suaka

Presiden Syria Rusia
Gambar: AFP

Bekas Presiden Syria Tiba Di Moscow Bersama Keluarga, Rusia Tawar Suaka

ISTANBUL, 9 Dis (Bernama) — Bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad bersama keluarganya tiba di Moscow pada Ahad selepas Rusia menawarkan suaka kepada mereka, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita negara Rusia.

“Assad dan ahli keluarganya telah tiba di Moscow. Atas pertimbangan kemanusiaan, Rusia telah memberikan suaka kepada mereka.

“Rusia sentiasa menyokong penyelesaian politik bagi krisis Syria. Kami menegaskan bahawa rundingan yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu disambung semula,” kata TASS yang memetik sumber Kremlin

Pegawai Rusia sedang berhubung dengan wakil-wakil pembangkang bersenjata Syria, dengan pemimpinnya memberi jaminan keselamatan kepada pangkalan tentera serta misi diplomatik Rusia di wilayah Syria.

Pergolakan kembali tercetus pada 27 Nov di kawasan luar bandar barat Aleppo, sebuah bandar utama di utara Syria.

Dalam tempoh 10 hari, pasukan pembangkang melancarkan serangan dengan menawan beberapa bandar strategik sebelum berjaya menguasai ibu negara Damsyik, pada Ahad dan menyebabkan kejatuhan rejim Assad selepas 13 tahun perang saudara.

Sumber: BERNAMA

BACA: Presiden Syria, Bashar Dipercayai Tinggalkan Damsyik Selepas Pemberontak Masuk Ibu Kota

BACA: 8 Juta Penerima STR Terima SARA one-off Bermula Hari Ini

BACA: Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Dua Negeri

BACA: “Dah macam ketam mengiringnya..” Tular Video Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Ketika Ribut Raih Perhatian