Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
iran rundingan as
Kredit: AFP

Belum Ada Persetujuan Untuk Sambung Rundingan Dengan AS, Kata Iran

Sofea

Belum Ada Persetujuan Untuk Sambung Rundingan Dengan AS, Kata Iran

TEHRAN/WASHINGTON, 27 Jun (Bernama) — Menteri Luar Iran Seyed Abbas Araghchi berkata pada Khamis bahawa tiada sebarang pengaturan atau komitmen dibuat untuk menyambung semula rundingan dengan Amerika Syarikat, lapor Xinhua.

Dalam wawancara dengan penyiar negara IRIB, Araghchi berkata kemungkinan untuk memulakan semula rundingan sedang dipertimbangkan tetapi ia bergantung kepada sama ada kepentingan negara Iran dilindungi.

Beliau mengesahkan bahawa kerosakan akibat perang 12 hari dengan Israel adalah “serius” dan pakar daripada Pertubuhan Tenaga Atom Iran sedang menjalankan penilaian terperinci.

Pada hari sama, Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karoline Leavitt mengesahkan bahawa Amerika Syarikat tidak mempunyai sebarang mesyuarat yang dijadualkan dengan Iran, sehari selepas Presiden AS Donald Trump berkata kedua-dua pihak akan berbincang dan bertemu “minggu depan.”

BACA: Gencatan Senjata: Trump Beri Amaran Kepada Israel Jangan Serang Iran

Juga pada Khamis, Majlis Perlembagaan Iran meluluskan satu Rang Undang-Undang yang telah diluluskan parlimen untuk menggantung kerjasama negara itu dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Jurucakap majlis, Hadi Tahan Nazif berkata dalam wawancara dengan IRIB TV bahawa rang undang-undang itu telah disemak oleh majlis dan selaras dengan peraturan agama, undang-undang dan perlembagaan Iran.

Susulan kelulusan itu, Speaker Parlimen Iran Mohammad Bagher Ghalibaf berkata rang undang-undang berkenaan telah diserahkan kepada kerajaan untuk pelaksanaan.

Sumber: Bernama