Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Belum Sempat Nak Masak, Terkejut Tengok Telur Puyuh Tiba-Tiba Menetas

telur puyuh menetas
Kredit: novalisa.ong

Belum Sempat Nak Masak, Terkejut Tengok Telur Puyuh Tiba-Tiba Menetas

Kebanyakan orang, terutama yang sudah berkeluarga, biasanya membeli satu sarang telur untuk kegunaan seisi rumah. Setiap telur mempunyai tarikh luput, tetapi memastikan ia kekal segar sehingga habis digunakan bukanlah sesuatu yang mudah.

Kadang-kadang pula, perkara yang langsung tidak disangka boleh berlaku seperti telur yang tiba-tiba menetas.

Itulah yang dialami seorang pengguna TikTok di Medan, Indonesia, baru-baru ini apabila beberapa telur puyuh yang dibelinya tiba-tiba menetas.

Pemilik TikTok, @novalisa.ong berkata video tersebut adalah dari rakannya. Telur-telur itu dipercayai menetas kerana cuaca yang terlalu panas di situ.

BACA JUGA: (Video) Ribuan Anak Ayam ‘Banjiri’ Kawasan Lapang Dipercayai Seminggu Selepas Telur Ayam Dibuang

“Disebabkan cuaca panas di Medan, tiba-tiba banyak ‘cucu’ keluar,” tulis kapsyen di video itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila telur itu dibeli dan apa yang berlaku selepas anak burung puyuh itu muncul.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat video itu dan berseloroh bahawa komitmen pemilik video itu kini sudah bertambah dengan kehadiran anak burung puyuh.

“Tahniah atas kelahiran cucu-cucunya”

“Tiba-tiba jadi ada tanggungjawab”

“Sekali diberi amanah jaga anak, terus banyak betul anaknya”

“Meremang pula tengok, jadi takut nak masak telur puyuh”

“Kalau aku dah auto trauma nak makan telur puyuh”

Sumber: novalisa.ong