Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Untuk menjadi pemandu yang berhemah, kita hendaklah sentiasa mematuhi peraturan memandu yang telah digunapakai setelah sekian lama di negara ini. Kita juga hendaklah sentiasa menjaga etika sebagai pemandu yang bertanggungjawab dan cakna dengan keadaan sekeliling.
Terbaru, tular satu siaran dimana seorang individu melalui Twitter miliknya berkongsi perbezaan antara lintasan putih dan kuning jalan raya.
Menurut kicauan yang dibuat oleh Haeme Hashim, dia dikatakan hampir dilanggar oleh seorang pemandu yang menyalahkan dirinya sebagai pejalan kaki melintas sesuka hati tanpa melihat keadaan sekeliling.

Beliau juga turut memberi perbezaan mengenai lintasan belang kuning dan putih yang dikatakan amat berbeza peraturannya.

Sebagai pemandu anda hendaklah WAJIB berhenti apabila tiba di lintasan ini apabila pejalan kaki sedang melintasi jalan tersebut.

Berbeza pula dengan lintasan kuning, pejalan kaki dan pemandu dikatakan hendaklah melihat pihak mana yang sampai terlebih dahulu di lintasan tersebut. Jika pemandu yang tiba terlebih dahulu, pejalan kaki hendaklah membenarkan pemandu meneruskan perjalanan dan sebaliknya.