Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Benteng Takungan Air Sebelah Taman Sri Alam Pecah, Tiada Kemalangan Jiwa

Iqbal Yasir
Benteng Takungan Air Pecah
Gambar: Bomba Selangor

Benteng Takungan Air Sebelah Taman Sri Alam Pecah, Tiada Kemalangan Jiwa

SHAH ALAM, 29 Dis (Bernama) — Benteng takungan air bersebelahan Taman Sri Alam di Saujana Utama dilaporkan pecah dan melimpah ke seluruh taman perumahan itu petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Beliau berkata Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.15 petang.

“Susulan itu, seramai lima pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan setibanya di kawasan itu, didapati paras air di kawasan taman berkenaan adalah pada ketinggian satu kaki.

“Ekoran itu, kerja-kerja pemindahan mangsa yang terjejas telah dijalankan bersama PBS Saujana Utama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata ketika ini air telah surut, namun kerja pemantauan sedang dilakukan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Mayat Lelaki Ditemukan Dalam But Kereta, Polis Tahan Dua Suspek

BACA: Putin Hubungi Aliyev Berhubung Nahas Pesawat Azerbaijan Di Kazakhstan, Mohon Maaf

BACA: Mangsa Terselamat Kongsi Detik-Detik Sebelum Pesawat Terhempas