Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Berang Isteri Enggan Dipeluk & Dicium, Lelaki Dilapor Mengamuk Tendang Bayi Sendiri Untuk Lepas Geram

Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa tempatan selepas dilapor mengamuk hingga mencederakan bayi sendiri, gara-gara berang dengan tindakan isterinya yang enggan dipeluk dan dicium.

Perkara berkenaan dilaporkan berlaku di Samarinda, Indonesia semalam, lapor Tribun News.

Suspek yang berusia 19 tahun itu turut mengugut untuk membunuh isterinya yang berusia 16 tahun menggunakan pisau.

Manakala, bayinya yang berusia 4 bulan turut ditendang sehingga mengalami kecederaan.

Ketika kejadian berkenaan berlaku, isterinya sempat melarikan diri dan mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung.

Menurut laporan Tribun News lagi, isteri dan anak kepada suspek berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Sumber: Tribun News