Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Berbasikal Trek Para Dunia: Mohamad Yusof Jaguh Pecut 200 Meter
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) — Atlet para negara Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin membuktikan keunggulannya di pentas dunia dengan mengungguli pingat emas pada Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2025 di Rio de Janeiro, Brazil, semalam.
Atlet berusia 28 tahun itu yang beraksi dalam acara pecut 200 meter (m) kategori MC1 menjadi atlet pertama melintasi garisan penamat menewaskan pelumba Sepanyol Ricardo Ten Argiles dan atlet neutral Ivan Ermakov.
Ia merupakan pingat kedua diraih anak jati Kuala Kangsar, Perak itu selepas meraih perak acara 1 kilometer (km) kategori MC1.
Kejohanan yang bermula dari 16 Okt itu berlangsung selama empat hari.
BACA: Muhammad Shah Firdaus, Nurul Izzah Dinobat Pelumba Terbaik Malaysia 2025
Sumber: BERNAMA