Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Berhasrat Untuk Kembali Ke UMNO, KJ Serahkan Surat Rayuan Kepada Zahid Hamidi

KJ Serahkan Surat Rayuan
Kredit: Zahid Hamidi

Berhasrat Untuk Kembali Ke UMNO, KJ Serahkan Surat Rayuan Kepada Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Zahid Hamidi menerima surat rayuan daripada bekas ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk kembali menyertai parti itu.

Menerusi hantaran Zahid Hamidi di Facebook, Khairy menyerahkan surat tersebut secara langsung semasa mengunjunginya pada malam ke-26 Ramadan.

Tambah beliau, kunjungan tersebut mencerminkan semangat di sebalik makna Rumah Bangsa yang bertujuan menyatukan semula anggota yang pernah berpisah.

Selain itu, ia juga bertujuan merapatkan hubungan yang renggang dan menghimpunkan kembali semua dalam satu keluarga besar perjuangan UMNO.

"Insya-Allah, secara peribadi saya telah menerima permohonan ini dan akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled Nordin untuk diperhalusi dan diperakukan sewajarnya

"Dalam perjalanan perjuangan ini, seperti yang sering saya sebut - biduk lalu, kiambang bertaut. Yang lebih utama ialah mencari jalan penyatuan, bukan membiarkan perpecahan terus memisahkan kita

"Mudah-mudahan Rumah Bangsa menjadi asas untuk kita mempertemukan semula hati-hati yang pernah terpisah, memperkukuh saf perjuangan, dan mengembalikan kekuatan UMNO sebagai induk politik orang Melayu dan umat Islam di tanah air ini," ujar hantaran itu lagi.