Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Berjaya Naikkan Keli 9.5kg, Pemancing Dari Terengganu Menang RM1 Juta
Seorang pemancing dari Besut, Terengganu mencatat kejayaan luar biasa apabila berjaya muncul juara dalam Pertandingan Memancing di Kolam Titi Mega 2026, Kedah, sekali gus membawa pulang hadiah utama bernilai RM1 juta selepas bersaing dengan ribuan peserta dari seluruh negara.
Mohd Khalish muncul sebagai juara selepas berjaya menaikkan seekor ikan keli seberat 9.5 kilogram, sekali gus melayakkannya membawa pulang hadiah utama pertandingan tersebut.
Kejayaan itu turut menyaksikan beliau mengatasi saingan ribuan peserta dari seluruh negara yang mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.
Naib juara pertandingan tersebut menjadi milik peserta dari Bukit Payong, Terengganu yang berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 selepas menaikkan seekor ikan seberat kira-kira 8.5 kilogram.
Manakala, tempat ketiga pula dimenangi oleh pemancing dari Selangor yang membawa pulang RM50,000 selepas berjaya menaikkan ikan dengan anggaran berat sekitar lapan kilogram.
Dalam pada itu, pihak penganjur turut menawarkan hadiah saguhati bernilai RM500 dan RM440 kepada peserta yang berada dalam kedudukan sehingga tempat ke-700, sekali gus menjadikan pertandingan ini terus mendapat sambutan menggalakkan daripada pemancing seluruh negara.

Bagi mengambil bahagian dalam pertandingan itu,, setiap peserta perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM220.
Difahamkan, satu lagi pertandingan memancing di Kolam Titi Mega akan dianjurkan pada bulan Jun dengan tawaran hadiah utama bernilai RM1 juta, susulan permintaan tinggi dalam kalangan pemancing dan Datuk Bandar.

Bagi mengelakkan sebarang unsur penipuan atau penyalahgunaan tiket penyertaan, pendaftaran peserta diwajibkan dibuat melalui runner tetap yang dilantik oleh pihak Titi Mega.
Senarai nama serta maklumat lanjut berkaitan runner berkenaan boleh didapati melalui laman Facebook rasmi Titi Mega.