Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Gambar: Nur Rasyiqah

Berjaya Turun 24kg Berat Badan, Wanita Ini Tampil Lebih Menawan Lepas Amalkan Diet Dan Senaman Ini

Amira

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk mencapai berat badan ideal. Salah satu cara sihat yang boleh dipraktikkan dan terbukti berkesan adalah dengan mengamalkan diet suku-suku separuh (DSSS).

Tanpa perlu menyingkirkan nasi dari senarai menu pun, anda boleh menurunkan berat badan jika kena pada caranya. Salah seorang yang berjaya menurunkan berat badan dengan cara DSSS ini adalah saudari Nur Rasyiqah yang berjaya mengurangkan berat badannya daripada 87 kilogram kepada 63 kilogram dalam tempoh 4 bulan sahaja.

Nak tahu bagaimana? Jom baca perkongsian beliau dengan Siakap Keli di bawah.

Tips pemakanan yang Syiqah amalkan dan rutin harian

Sarapan, 8 pagi

  • telur rebus 2 biji atau 3 biji

  • telur boleh digantikan dengan roti gandum penuh dengan mentega kacang tanpa gula atau rolled oat dengan susu rendah lemak

Snacking, 10 pagi

  • Syiqah ambil buah untuk snek, epal atau jambu batu

  • Kacang (bakar)

Makan tengah hari, 1 atau 2 petang

  • nasi suku (nasi putih biasa je), awal-awal diet Syiqah memang tak tinggal nasi

  • lauk separuh (rebus, bakar), boleh ambil ikan atau ayam , Syiqah lebih banyak makan ikan dari ayam

  • sayur (salad atau timun Jepun ), janji ada fiber (serat), tak tumis-tumis, sayur sahaja.

Makan malam, 6 petang atau 8 malam

  • makan malam pula, Syiqah memang tak ambil makanan berat, makan telur 2 biji untuk alas perut sampai esok. Kalau taknak telur, boleh gantikan juga dengan protein tanpa karbohidrat. Contohnya ikan dan sayur; atau ayam dan sayur.

Gambar: Nur Rasyiqah

BACA: Buat Beberapa Kerja Sejak 13 tahun, Gadis 19 Tahun Berjaya Hantar Ibu Ayah Ke Mekah & Miliki Syarikat Sdn Bhd Sendiri

Bila berdiet, tak sah jika tidak disertakan dengan senaman. Kedua-duanya perlulah seiring. Nak tahu apa aktiviti senaman yang diamalkan saudari Rasyiqah? Jom baca.

Senaman

Rutin harian Syiqah memang wajib bersenam, seminggu 1 hari je Syiqah rehat. Senaman Syiqah selalu rawak je, tapi kalau dekat Youtube tu, Syiqah selalu tengok Chloe Ting.

Tapi mula-mula Syiqah cuma buat:

  • Plank

  • High knees

  • Jumping jack

  • Jumping (macam skipping, tapi takde tali haha, ni kelakar, tapi berpeluh okay. Saya cuma malas nak pakai tali)

Waktu bersenam:

15 – 30 minit minimum 40 minit – 1 jam maksimum

Pantang larang

Kongsi Rasyiqah, dia kurang menggemari konsep cheatday, terutamanya jika khuatir tidak dapat mengawal diri untuk menjaga pemakanan pada hari tersebut.

Sebab cheat kadang-kadang orang tak sedar boleh rosakkan diet seminggu. Seharian kita bebas makan apa je kita nak, jadi pengambilan kalori kita dalam tak sedar mungkin dah berlebihan, jelasnya.

Bagaimanapun, kongsi Syiqah, dia berkata tiada masalah bagi mereka yang yakin mampu untuk mengawal diri agar tidak berlebihan ketika cheat day.

Sumber: Nur Rasyiqah