Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar : Hello Doktor

Berkesan Ke Minum Air Suam Untuk Legakan Sakit Tekak ? Ini Penjelasannya

Aziezzan

Bangun pagi dengan keadaan tekak yang sakit, rasa macam ‘tercekik’ dan semestinya pedih untuk telan apa-apa makan, sememangnya automatik boleh mengganggu ‘mood’ untuk buat kerja seharian kita, lebih-lebih lagi bagi mereka yang perlu buat pembentangan kertas kerja. Untuk anda yang mencari solusi sakit tekak ni, mari ikuti perkongsian Hello Doktor .

Siapa yang ada masa untuk sakit tekak bukan? Ia adalah satu keadaan kesihatan yang sangat menjengkelkan!

Ini terutamanya jika anda bekerja sebagai seorang penyanyi, pelakon, pengacara, peniaga atau apa-apa sahaja kerjaya yang memerlukan suara sebagai aset utama.

Untuk menyelesaikannya, sudah pasti ada dalam kalangan kita yang akan mengambil ubat sakit tekak, banyak minum air suam serta kurang minum air batu.

Persoalannya, adakah ia berkesan? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Apa maksud sakit tekak?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua fahami maksud sebenar tentang keadaan kesihatan ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, sakit tekak mungkin disebabkan oleh 2 mikroorganisma iaitu virus dan bakteria atau pelbagai lagi faktor risiko yang lain.

Sakit tekak merujuk kepada rasa sakit, pedih, perit atau gatal pada tekak yang akan menjadi lebih teruk ketika menelan air liur, makanan dan minuman.

Sekiranya ia berlaku kepada anda, berikut merupakan antara simptom-simptom yang mungkin akan terjadi:

  • Rasa perit pada tekak

  • Rasa gatal pada tekak

  • Rasa sakit apabila makan atau bercakap

  • Rasa berat apabila cuba membuka mulut

  • Kesukaran untuk menelan makanan

  • Pembengkakan kelenjar pada leher atau rahang

  • Timbul nanah pada tonsil

  • Suara berubah menjadi serak/garau

Jika ia bukan berlaku akibat daripada virus atau bakteria, maka sila berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan susulan dengan kadar segera.

Apa punca sakit tekak?

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, keadaan kesihatan ini mungkin disebabkan oleh jangkitan mikroorganisma virus atau bakteria.

Jangkitan ini kemudiannya akan menyebabkan keradangan pada bahagian tertentu pada tekak seperti:

  • Faringitis: Keradangan farinks; struktur di belakang mulut dan kaviti hidung

  • Laringitis: Keradangan dan kemerahan pada kotak suara atau larinks

  • Tonsilitis: Keradangan dan kemerahan tisu tonsil

Selain itu, kondisi ini juga mungkin didalangi oleh beberapa faktor risiko yang lain seperti reaksi alahan, udara yang tercemar atau penyakit refluks asid.

Persoalannya, apa yang boleh dibuat untuk merawat sakit tekak? Penulis yakin mesti ramai yang akan mencadangkan lozeng!

Selain lozeng, apa rawatan boleh dicuba?

Lozeng adalah kaedah merawat sakit tekak paling utama dan efektif kerana ia mengandungi beberapa sebatian yang mampu membantu melegakan kondisi ini iaitu; menthol, tylenol dan amylmetacresol.

Jika tidak ada lozeng di rumah, jangan risau kerana ada beberapa alternatif lain yang boleh dicuba termasuklah:

  • Madu

  • Pudina

  • Halba

  • Air garam

  • Akar manis

  • Cuka epal

  • Bawang putih

  • Teh kamomil

  • Serbuk penaik

Ataupun anda tidak perlu lagi pening kepala jika sakit tekak kerana ubatnya mungkin adalah sangat mudah iaitu hanya dengan banyak minum air suam! Benarkah?

Manfaat air suam terhadap kondisi ini!

Ya, kadangkala apa yang dipesan oleh orang tua kita satu ketika dahulu memang ada benarnya dan ini termasuklah manfaat air suam ketika sakit tekak! Kenapa?

Prof. Ron Eccles yang merupakan Pensyarah University of Cardiff ada jawapannya.

Kenapa kena banyak minum air suam?

Apabila minum air suam atau panas yang kuat rasanya, tekak penderita akan mengeluarkan lebih banyak air liur sekali gus memulihkan deria rasa individu.

Dalam pada itu, air suam mungkin boleh berfungsi sebagai ubat tahan sakit opioid semula jadi pada otak lantas memberikan efek plasebo pada penderita.

Buktinya, 30 penderita sakit tekak yang diberi minuman air suam didapati majoriti berjaya sembuh daripadanya dalam masa yang sangat singkat.

Kenapa kena kurang minum air batu?

Apabila minum air batu atau ais, ia mungkin akan memberikan kelegaan yang sementara buat penderita sakit tekak namun bahayanya adalah pada proses pembuatannya.

Walaupun tidak semua, namun ramai orang yang membuat air batu ini menggunakan air yang tidak dimasak atau disuling terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti ais.

Ini menjadikan ais yang terhasil itu mungkin mengandungi mikroorganisma seperti virus atau bakteria yang masih mampu hidup dalam suhu yang terlalu sejuk.

Konklusinya di sini adalah banyakkan minum air suam dan kurangkan minum air batu ketika sakit tekak ya?

Sila hindari kondisi sakit tekak

Mencegah itu sudah pasti lebih baik daripada mengubati jadi sila hindari keadaan kesihatan ini sebaik mungkin! Caranya?

Pertama sekali, pakailah topeng mulut setiap kali berada di luar rumah dan cuba duduk berjauhan daripada mereka yang ada simptom sakit tekak.

Kemudian, jauhkan juga diri anda daripada faktor risiko kondisi ini seperti asap, debu, habuk atau segala perkara yang berkaitan dengannya,

Akhir sekali, amalkan manfaat air suam dengan lebih kerap mengambilnya walaupun sebelum sakit dan elakkan minum air batu terutamanya yang tidak diketahui cara dan proses pembuatannya okay!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber : Hello Doktor