Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Berseri Di Pagi Raya, Ini Warna Padanan Tudung Yang Sesuai Dengan Baju
Setiap kali tibanya Hari Raya, padanan tudung dan baju raya sering jadi dilema buat kaum wanita.
Walaupun seronok mencuba warna-warna baru yang jarang dipakai, ramai yang mula rasa ragu-ragu bila tiba masa untuk "mix and match".
Risau warna tudung tak masuk dengan baju, terlalu kontra atau nampak pelik bila digayakan.
Tambahan pula, kebanyakan orang akan pilih warna baju yang lain daripada kebiasaan sempena raya.
Ada yang cuba warna pastel, ada juga yang berani dengan warna terang atau bold.
Tambahan pula, trend warna raya setiap tahun sering berubah yang membuatkan pilihan jadi lebih mencabar.
Dari warna pastel lembut hingga ke tona terang dan bold, semuanya nampak cantik di mata, tapi belum tentu sesuai bila dipadankan bersama.
Tidak hairanlah ramai yang mengambil masa lebih lama untuk memilih tudung yang betul.
Justeru, hari ini SK ingin kongsikan cadangan padanan warna tudung yang sesuai untuk baju anda agar anda kelihatan berseri di hari raya.
Untuk makluman pembaca, perkongsian ini diambil daripada pengguna akaun @ticermoon.influencer di TikTok.
Menerusi perkongsian tersebut, dia ada memberikan pelbagai cadangan padanan warna tudung yang sesuai mengikut warna baju raya yang sedang "viral" tahun ini.
Antara warna yang menjadi perhatian termasuklah strawberry matcha yang lembut, rich brown yang nampak lebih elegan, dan juga teal blue yang moden.
Menariknya, bukan itu sahaja, malah terdapat banyak lagi pilihan warna lain yang dikongsikan, merangkumi tona pastel hinggalah ke warna-warna bold yang semakin popular sekarang.
Ini secara tidak langsung memudahkan anda untuk mencari padanan yang sesuai, tidak kira apa warna baju yang anda pilih untuk digayakan di pagi raya nanti.
Jadi, bagi anda yang masih buntu atau ragu-ragu untuk memilih tudung yang tepat, bolehlah jadikan perkongsian ini sebagai rujukan.
Anda mungkin akan jumpa padanan warna yang betul-betul kena dengan gaya dan personaliti, serta dapat menaikkan keyakinan diri anda.
















